[FAKTA] Ayam Juga Mengalami Kitaran Haid? | MESTI BACA !!! | China – Ayam sedang mengalami kitaran haid, itu penjelasan tidak
munasabah yang diberikan oleh sebuah syarikat pembekal telur ayam
selepas seorang pengguna mengadu telur yang dibekalkan itu mengandungi
tompokan darah.
Pengguna itu, Bai telah membuat aduan kepada jabatan pengguna bahawa putih telur itu dikesan mengandungi tompokan darah.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Telur-telur tersebut dibelinya di sebuah pasar raya.
Apabila aduan dikemukakan kepada pasar raya berkenaan, Bai telah
dimaklumkan bahawa adalah normal bagi putih telur mengandungi tompokan
darah kerana ia dihasilkan oleh ayam yang diberi makan serangga.
Sebab itulah, kata jurucakap pasar raya tersebut, telur itu dilabel sebagai `telur serangga’.
Namun Bai mendapat jawapan paling mengejutkan daripada syarikat yang
membekalkan telur berkenaan, Rensun bahawa telur itu dihasilkan oleh
ayam yang sedang mengalami haid.
Bagaimanapun penjelasan Rensun itu tidak diterima oleh jabatan pengguna.
Sementara itu, seorang penyelidik di Universiti Pertanian Beijing, Ji
Haifeng menerangkan ayam tidak boleh mengalami haid sebaliknya keadaan
itu berlaku disebabkan binatang itu dipercayai mengalami jangkitan
virus.
Haifeng turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak makan telur itu.
Haaa... memang penah tgk dlm telur ada tompokan darah...
ReplyDeletetapi baru2 ni telur yang saya beli jenama nutriplus ada sebijik bukan tompakkan dan.. berselerak darah. terus spoil mood nak makan.. terus tukar LTK omega plus...
ReplyDelete