[MENARIK] Mengapa Ayam Berkokok Setiap Pagi? | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Mengapa ayam jantan selalu berkokok ketika hampir menjelang subuh,
bahkan sebelum matahari muncul di ufuk Timur?
Pernahkah anda terfikir?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Menurut satu kajian yang dilakukan baru-baru ini, ianya ada kaitan
dengan jam ‘alarm’ semulajadi yang dimiliki ayam jantan.
Menurut earthsky.org, ayam jantan berkokok kerana memiliki jam
‘dalaman’ yang membantunya mendahului terbitnya matahari. Seperti halnya
burung, ayam jantan bernyanyi atau berkokok dalam kitaran (siklus)
harian.
Hampir semua haiwan memiliki kitaran harian masing-masing dari
kegiatan yang dikenali sebagai circadian (circadian rhythm). Ini adalah
ritma biologi pada haiwan, yang mengikuti kitaran siang dan malam.
Ayam jantan mendahului matahari terbit untuk mendahului aktiviti
mencari makanan sehari-hari dan juga untuk pertahanan wilayah. Namun,
jika satu ayam jantan yang lain memiliki jam dalaman yang telah diatur
sedikit lebih awal, ini dapat merangsang ayam jantan lain untuk berkokok
lebih awal juga.
Kokokan ayam jantan ketikat matahari terbit sebenarnya adalah suatu
cara untuk “membangun kekuasaan” wilayahnya. Ketika ayam berkokok, ia
mengirimkan isyarat kepada ayam jantan yang lain bahawa jika melanggar,
bererti mereka minta untuk bergaduh.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. “Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai, maka pohonlah perlindungan daripada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai itu melihat syaitan.” (Hadis Sahih Muslim No. 2350 Jilid 4)
ReplyDeleteayam berkokok subuh ertinya nampak malaikat...benda baik.
ReplyDeletekaldai pulak sebaliknya...
Ketika selalu berjaga malam menyiapkan assignment masa belajar dulu, saya perasan kumpulan burung yang menginap di atas pokok berhampiran kediaman kami akan berkicau beramai-ramai menjelang subuh...
ReplyDeleteyang menariknya sebaik sahaja kumpulan burung tersebut berhenti berkicau beramai-ramai, azan subuh pun berkumandang dari masjid dan surau-surau berhampiran.
ustaz sya bagitahu ayam berkokok, dia nampak malaikat
ReplyDelete