[PELIK TAPI BENAR] Ayam Berkaki Empat | KEJADIAN DI KELANTAN, MALAYSIA | TUMPAT – Seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat
apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki.
Didapati dua
daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Hasnah
Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di
Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari
raya kedua lalu. “Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk
dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak
perasan ia mempunyai empat kaki.”
“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk
mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,”
katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas
menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang
ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika
dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya
melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau
tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.
Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak
meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya
batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir
tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram
yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga
kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"