[PELIK TAPI BENAR] Gadis Ini Makan Nugget Ayam SAHAJA | Sejak Umur 2 Tahun | BIRMINGHAM: Seorang remaja diberi amaran bahawa
kegemarannya terhadap nugget ayam boleh membunuh kerana dia sebenarnya
tidak mengambil apa-apa makanan sejak berusia dua tahun.
Doktor mula menyedari kecenderungan pemakanan bermasalah Stacey
Irvine itu selepas dia tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke hospital
kerana sukar bernafas.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pekerja kilang, Stacey, 17, tidak menyentuh sebarang sayur-sayuran atau buah-buahan sejak 15 tahun lalu.
Tabiat pemakanannya itu menyebabkan dia mengalami anemia (kekurangan
darah) dan bengkak salur darah pada lidahnya. Semalam, Stacey dilaporkan
semakin pulih di rumah selepas doktor memberikannya sejumlah vitamin
dan beberapa suntikan ketika dirawat di hospital.
Bagaimanapun, Stacey tetap berdegil dan enggan mengubah pilihan
makanannya, malah tetap hanya mahu mengambil nuget daging ayam sebagai
hidangan.
Berasal dari Castle Vale, Stacey berkata, kini dia mula sedar betapa
tabiat pemakanannya yang hanya mengambil nuget ayam goreng membahayakan
kesihatannya.
“Selain nuget ayam goreng McDonald’s yang memang makanan kegemaran,
saya juga menggemari hidangan sama disediakan restoran makanan segera
lain atau yang dijual di pasar raya.
“Hidangan sebenar saya setiap hari hanya nuget ayam goreng,” katanya.
Sementara itu, ibu Stacey, Evonne, 39, berkata dia sendiri sukar
memujuk anaknya berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan nasihat
dan menyelesaikan masalah berkenaan. “Saya kini benar-benar tidak mampu
melakukan apa-apa lagi.
“Saya cuma mampu berdoa supaya Stacey dapat diselamatkan sebelum terlambat,” katanya. – TH
sumber: hmetro.com.my
susah nak mengajak anak makan sayur, selalunya ayam , ayam dan ayam sahaja... dilema ibubapa zaman sekarang nih.
ReplyDeleteHuhuhu takkanla nak makan nugget tu jer sepa njang hidup alahai macam2 hal,,Bila dah sakit susah juga tuu ..Takde khasiat makanan terbaik akan memudaratkan kesihatan..
ReplyDelete