[EKSKLUSIF] Apakah Hukum Isteri Meminta Cerai? | MESTI BACA !!!
11/09/2014 09:00:00 am
[EKSKLUSIF] Apakah Hukum Isteri Meminta Cerai? | MESTI BACA !!! | Dalam menjalani bahtera rumah tangga, pasangan suami isteri sudah
semestinya tidak boleh lari dari perselisihan faham.
Namun perselisihan
itu kadangkala menyebabkan si isteri pula meminta diceraikan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Perceraian adalah satu perkara yang dibolehkan oleh Islam jika semua
usaha untuk membaik-pulih hubungan suami-isteri menemui jalan buntu.
Hadis-hadis yang melarang perceraian, dimaksudkan ialah sengaja meminta
cerai tanpa sebab-sebab yang munasabah. Di antaranya ialah hadis
berikut: Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang munafiq. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1186] Namun hadis berikut lebih terperinci dalam menjelaskan bentuk tuntutan cerai yang dilarang oleh Islam:
Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah, maka haram baginya bau syurga.[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2226]
Maksud alasan yang munasabah ialah umpama suami yang kaki judi,
merampas wang isteri, minum arak, kaki pukul isteri atau apa-apa
pelanggaran syari’at yang lain. Termasuk pelanggaran syari’at ialah
apabila suami secara sengaja tidak melaksanakan peranannya sebagai qawwamun ke atas isterinya.
Ada pun hadis berkenaan seorang isteri yang dengan mudah meminta
cerai di hadapan Rasulullah, saya percaya hadis yang dimaksudkan ialah
seperti berikut: Sesungguhnya isteri Tsabit bin Qais datang kepada Nabi dan
berkata: “Wahai Rasulullah! Tsabit bin Qais tidak aku cela dalam akhlak
dan agamanya, akan tetapi aku tidak menyukai kekufuran di dalam Islam.”
Rasulullah bertanya: “Apakah engkau (sudi) mengembalikan
kebunnya kepada (Tsabit, yang sebelum itu diberikan sebagai mas
kahwin)?” Isteri Tsabit menjawab: “Ya.”
Rasulullah bersabda (kepada Tsabit): “Terimalah kebun itu dan talaklah dia dengan talak satu.” [Shahih al-Bukhari, no: 5273]
Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta
cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan
agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit
adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit
kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku
antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain:
Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin
Qais memukul isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama)
Jamilah binti Abdullah bin Ubay.
Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada
Rasulullah mengadu berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka
Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit……[Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3497]
Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui
syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai
daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan
Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit
setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak
meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’e atau
munasabah.
Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya
jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah.
Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir,
bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya.
Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan
yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk
saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.
2 comments
pe mksd qawammun?
ReplyDeleteNice sharing Que
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"