Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang RM2 | PETUA DAN TIPS

11/06/2014 09:00:00 am

[EKSKLUSIF] Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang RM2 | PETUA DAN TIPS | Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain.


Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.

Caranya:
1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

Cuba la…Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang

You Might Also Like

1 comments

  1. bukan daun sup ke? sebab ade yang kata daun sup. Minta pencerahan.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad