[EKSKLUSIF] Petua Terbaik Untuk Menghalau Lalat Di Dapur | TIPS DAN PETUA
11/03/2014 09:00:00 am
[EKSKLUSIF] Petua Terbaik Untuk Menghalau Lalat Di Dapur | TIPS DAN PETUA | Biasanya lalat merupakan sejenis serangga yang sering
didapati di rumah-rumah, terutama bagi rumah yang kurang bersih dan
sebagainya.
Makhluk ini biasanya sering didapati di dapur.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tapi jangan risau terdapat beberapa petua terbaik untuk menghalau lalat – lalat di dapur ini.. Antaranya ..
Pilihan 1: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan
masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di
ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan
sendirinya dari ruang dapur anda.
Pilihan 2: Ambil secekak daun kari, kibaskan pada
lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari
tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini
anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.
Pilihan 3: Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
Pilihan 4: Ambil sedikit cecair peluntur dan
titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu
lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan,
kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu.
Lalat pasti akan berkurangan.
Pilihan 5: Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya.
Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan.
Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
1 comments
Selalu gunakan petua yang pasang lilin ja, rupanya banyak petua lain ya
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"