[EKSKLUSIF] Petua Tidur Yang Betul Cara Nabi Muhammad S.A.W | PETUA DAN TIPS
11/07/2014 09:00:00 am
[EKSKLUSIF] Petua Tidur Yang Betul Cara Nabi Muhammad S.A.W | PETUA DAN TIPS | SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20
tahun untuk tidur.
Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw,
maka tidurnya akan jadi ibadah.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Allah swt hanya akan menerima ibadah
yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.
Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah
swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang
diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,
sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang
untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang
tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan.
Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo
tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah
swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan
tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh
diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek
atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman
ringan sebelum tidur…. INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN
sumber: fuh.my
1 comments
Nice sharing. Angel Love Soldier
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"