[EKSKLUSIF] PLUS Bagi ‘Petua’ Nak Elak Sangkut Dalam Kesesakan Balik Kampung | PETUA DAN TIPS | PETALING JAYA – Plus Ekspressway Bhd (PLUS) pada Isnin mengeluarkan
Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) kepada penggunanya bagi mengurangkan
kesesakan di lebuhraya menjelang musim perayaan Aidilfitri.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pelan
perjalanan yang diatur oleh ini akan membantu orang ramai merancang
perjalanan mereka dalam menghadapi 1.4 juta kenderaan yang dijangka
berada di lebuhraya PLUS pada waktu puncak nanti.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Jumlah ini adalah peningkatan 30 peratus berbanding 1.1 juta
kenderaan sehari yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan pada hari
biasa.
“Jika semua kenderaan memasuki lebuhraya serentak sudah pastilah
kesesakan teruk akan berlaku…sebab itu kita rangka jadual TTA dengan
mengagihkan trafik secara berperingkat,” katanya pada sidang media yang
diadakan di Persada PLUS dekat sini, Isnin.
Menurut Mohammad Fuad, TTA membantu dengan pengagihan trafik mengikut masa dan destinasi tertentu.
Katanya, jadual TTA yang dicadangkan itu ialah pengguna di
Lembah Klang yang akan menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor
diminta memasuki lebuhraya Utara-Selatan sebelum pukul 12 tengahari.
Bagi mereka yang menuju ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan
Taiping disarankan memasuki lebuhraya antara pukul 12 tengahari hingga 3
petang.
“Mereka yang menuju ke destinasi lebih dekat seperti Ipoh,
Simpang Pulai, Gopeng, Tampin dan Alor Gajah (melalui Simpang Ampat)
bolehlah memasuki lebuhraya antara pukul 3 hingga 6 petang,” katanya.
Mohammad Fuad juga berkata, waktu paling sesuai untuk
pengguna dari Lembah Klang ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung
Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban memasuki lebuhraya ialah
selepas pukul 6 petang.
Menurut Mohammad Fuad lagi, TTA yang dikeluarkan PLUS adalah untuk
pengguna yang menggunakan lebuhrayanya pada waktu puncak iaitu dari 16,
17, 18, 30 dan 31 Ogos ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata lebih kurang 50 peratus pengguna
lebuh raya telah mematuhi TTA cadangan PLUS pada Aidilfitri tahun lepas
dan ia merupakan peningkatan sejak diperkenalkan pada 2007.
Katanya, kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA akan berjaya
mengurangkan kesesakan sekali gus melancarkan perjalanan dan selesa
kepada pengguna.
Beliau menambah, bagi menggalakkan orang ramai bekerjasama mematuhi
jadual ini sebanyak 50,000 jadual telah dicetak untuk diagihkan kepada
orang ramai.
Sementara itu PLUS turut mencadangkan waktu memasuki Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan P.Pinang mengikut plat kenderaan.
“Kenderaan yang nombor plat diakhiri nombor ganjil disarankan
memasuki laluan ini pada setiap jam ganjil seperti pukul 9, 11, 1 dan 3
petang.
“Kenderaan bernombor plat genap pula masuk ke lebuhraya pada jam genap seperti pukul 4, 6, 8 dan 10,” jelasnya. (Mstar)
nice info.......
ReplyDeleteIkut suka aku la nak bertolak pukol berapa pun. Aku bayar tol. Bukannya free
ReplyDelete