[EKSKLUSIF] Tanda Amalan Diterima Allah SWT | MESTI BACA | Adakah kita berasa yakin terhadap amalan kita terhadap Allah SWT.
Adakah kita yakin amalan kita diterima oleh Allah? Ketahui apakah tanda
amalan kita diterima oleh Allah SWT.
Kita mesti tertanya-tanya adakah amalan kita ini diterima oleh Allah
SWT ataupun tidak.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Namun ketahuilah begitu besar rahmat dan kasih sayang
Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhluk
pun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah
yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira
kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar.
Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah.
Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala ativiti harian yang
dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu
apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.
Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan
keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang
dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka
tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama
masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.
Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan
“bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. Namun
dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang
sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan
solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi.
Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya
daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari
kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya
tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi
ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil
daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud
ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.
Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka
menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT
maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati
menjadi tenteram”. (Ar ra’d ayat 28) Wallahu A’lam.
sumber: melayukini.net
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"