[MENARIK] Ustaz Don Komen Pasal Bulan Madu | MESTI BACA !!! | Penceramah
popular masa kini, Ustaz Don atau nama sebenar Don Daniyal Don Biyajid,
28, berkata alam perkahwinan yang baru miggu lepas seperti melengkapkan
imannya.
“Perkahwinan juga ibarat pembuka kepada mata hati dan seterusnya
dapat memantapkan iman termasuklah keenam-enam rukunnya,” kata Don
Daniyal Don Biyajid.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Beliau yang lengkap dengan baju Melayu dan bersongkok manakala isteri
kesayangannya, Husna yang manis mengenakan baju kurung moden berwarna
putih krim mengucapkan tanda syukur atas jodoh pertemuannya dengan
penceramah agama itu.
Don yang lebih popular dengan panggilan Ustaz Don mengakui masih tidak memikirkan lokasi bulan madunya bersama Husna.
Pasangan pengantin sama padan itu juga akan berjauhan seketika
selepas ini apabila Husna dijangka kembali ke Mesir bagi menyambung
tahun akhir pengajian perubatannya di sana. Ustaz Don berkata, dia masih
belum tahu bagaimana perjalanan hidupnya bersama Husna sekiranya
berjauhan nanti.
“Mungkin saya akan ke sana ataupun tidak itu masih belum dirancang, semuanya atas ketentuan Allah, insya-Allah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"