[MESTI BACA] Tanda-tanda Seorang Perempuan Itu Meminati Anda | INFO YANG MENARIK | 1)”Dia Tidak Senang Duduk”
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak
begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan
seterusnya.
gambar hiasan |
Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha
mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir
di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling
manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang
perlu diberi tindakan segera.
2) “Tunjuk Minat”
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak
munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda
timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai
berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas
lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali
berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba
disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.
3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab
anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku
punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi
pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai
dia cemburu.
4) “Dia Men’jual’ Dirinya”
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang
mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi
petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda
terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.
5) “Bersikap Terbuka”
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang
peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda
barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama
tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga
turut diceritakan.WOW!
6) “Membayangi Anda”
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti
bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti
anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda
walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas
dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk
menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.
7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk
berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap
anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya.
Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.
Hehehe betul jugak tu Abe ...Nice sharing .....
ReplyDeleteI love you cute
ReplyDeletecute
ReplyDelete