[EKSKLUSIF] Dosa Ibu Bapa Jadikan Anak Keras Hati? | KEROSAKAN ANAK KIFARAH DARI DOSA IBU BAPA
12/05/2014 09:00:00 am
[EKSKLUSIF] Dosa Ibu Bapa Jadikan Anak Keras Hati? | KEROSAKAN ANAK KIFARAH DARI DOSA IBU BAPA | Sehari dua ini kita disajikan dengan kes-kes buang bayi yang bertali
arus.
Ajaran sesat pula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Itu tidak
termasuk keruntuhan akhlak yang tidak lagi boleh dipandang remeh.
Jenayah bunuh, ragut semakin menjadi-jadi. Anak-anak sudah tidak kenal
budi bahasa dan adab sopan. Si kaya terus menindas. Yang berkuasa
semakin rakus dengan pelbagai bentuk korupsi, kronisme dan nepotismenya.
Di RPWP, semakin hari semakin banyak kes-kes rumahtangga dan
keruntuhan akhlak anak-anak yang dirujuk bagi mendapat ulasan dan
pedoman untuk mengatasinya. Semakin ramai ibubapa yang telah putus asa,
tidak mampu lagi memperbaiki keadaan dan ingin menyerahkan sahaja anak
mereka sendiri. Yang anak angkat apatah lagi. Padahal mereka tahu yang
keutamaan kami ialah anak yatim dan asnaf fakir. Bahkan mereka lihat
sendiri yang rumah ini sudah penuh dan padat..!
Ada juga yang kami cuba ambil dan bantu memulihkannya. Dilema yang
kami hadapi ialah apabila anak ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa
sehingga usaha pemulihannya menjadi sukar. Kami dapati jauh lebih mudah
membentuk akhlak anak yatim piatu kerana mereka lebih patuh dan sanggup
menganggap kami ibubapa mereka sendiri. Tidak seperti anak-anak yang
masih ada ibubapa, tambahan yang jenis dimanja dan mewah hidupnya.
Oleh itu, kami tuliskan artikel ini agar ia boleh dijadikan pedoman
oleh ibu bapa di luar sana. Mencegah kerosakan itu jauh lebih baik dari
merawat.
SIKAP IBUBAPA YANG MEROSAKKAN ANAK SENDIRI TANPA SEDAR
Berat untuk kami kongsikan penemuan ini namun kami tiada pilihan.
Kebanyakan kerosakan anak-anak adalah berpunca dari ibubapanya, iaitu
dari dalam rumah sendiri. Kemudian barulah dari pengaruh dunia anak-anak
itu seperti rakan sebaya, kaedah pendidikan di sekolah, pengaruh media
dan sebagainya.
Ada ibubapa yang asalnya susah lalu berusaha untuk berjaya dan hidup
senang. Setelah itu mereka berusaha untuk mempastikan anak-anak mereka
berjaya. Kononnya tidak mahu anak mereka mengalami kesusahan seperti
mereka dahulunya. Apa sahaja yang diminta si anak mereka turuti sehingga
ramai yang lupa memerhatikan akhlak dan jatidiri anak-anak apabila
tumpuan mereka hanya pada kecemerlangan akademik dan kerjaya
semata-mata.
Akibatnya hari ini ramai ibubapa yang datang mengadu masalah akhlak
anak mereka, padahal anak itu cemerlang dalam akademik dan kerjaya.
Ramai ibubapa yang mengeluh kerana anak mereka tidak pedulikan batas
agama, tidak menghormati orang tua, suka melawan dan tidak mendengar
kata, malas bekerja, tidak pandai bergaul dan sebagainya. Ada yang malah
mengadu anak mereka mungkin sudah tukar agama.
Siapakah yang memanjakan anak sehingga ia jadi manja? Siapakah yang
membiarkan anak tidak disuruh untuk ikut bekerja sehingga jadi pemalas
dan tidak kreatif? Siapakah yang mengikuti sahaja kehendak anak sehingga
ia jadi pemboros dan keras kepala? Siapakah yang tidak berinteraksi
dengan anak kerana sibuk mengejar dunia sehingga ia renggang dari
ibubapa dan tidak pandai berbicara? Siapakah yang tidak menunjukkan cara
hidup beragama sehingga anak sanggup hidup seperti jahiliyah?
Sebenarnya itu semua bermula dari rumah, hasil sikap ibubapa terhadap
anak sendiri. Kegagalan ibubapa menerapkan ‘rule and regulation,
baundary and limitation’ akan menyebabkan anak jadi liar. Disiplin yang
dilonggarkan oleh ibubapa ini jugalah yang menyebabkan anak-anak kosong
jiwanya lalu mudah terpengaruh dengan rakan sebaya, media dan
sebagainya.
DOSA LAMPAU IBUBAPA YANG MENULAR SEBAGAI KIFARAH
Kami rujuk kepada bencana zina, rasuah, dadah dan berbagai-bagai
lagi. Hasil kajian kami menunjukan begitu ramai ibubapa yang anaknya ada
masalah seperti ini pernah melakukan pelbagai dosa yang sama. Bahkan
kajian kami menunjukkan ramai ibubapa yang telah berzina sebelum maupun
selepas perkahwinan mereka sendiri.
Hari ini ramai ibubapa yang mengabaikan hukum hakam
sewenang-wenangnya. Ada yang mengadukan masalah sosial / zina anak
gadisnya. Malangnya sibapa yang mengakui banyak berzina sebelum menikahi
isterinya dahulu juga masih berzina dengan gadis lain (menduakan
isteri) hingga sekarang.. Nauzubillah.
Dari segi psikologi dan sosiologi, semua perkara haram yang pernah
dilakukan oleh ibubapa, sekalipun di belakang anak mereka tetap akan
dapat dihidu dan ditiru oleh anak-anak.
Habit melanggar yang haram dan mengabaikan yang wajib inilah yang
akan membentuk peribadi ibubapa itu sendiri menjadi hamba yang derhaka.
Habit itu terpapar setiap hari depan anak-anak lalu ditiru secara pekej.
Sekalipun kita cuba berlakun baik atau menyembunyikan dosa-dosa itu di
depan anak, namun kita sering tidak sedar keperibadian itu terserlah
juga di sana-sini.
Anak-anak sangat sensitif untuk mengesan dan meniru segala perbuatan
buruk berbanding amalan yang baik. Inilah antara punca ramai ibubapa
jadi pening kepala dari mana anak-anak mereka membentuk semua sikap dan
akhlak yang negetif itu. Bukan dosa ibubapa itu yang akan terbeban pada
anak-anak, tetapi sikap pendosa itu yang akan ditiru lalu anak-anak
turut melakukannya dan ikut berdosa.
KESIMPULAN
Bentuklah akhlak dan disiplin diri kita jika kita mahu anak-anak kita
berdisiplin. Laksanakan segala perintah Allah dan jauhi segala
laranganNya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh secara kaffah.
Selalulah membaca dan merujuk alquran dan jelaskan disiplin solat kepada
anak-anak sejak kecil lagi. InsyaAllah semua amalan baik yang meraka
lihat itu mampu disemai dalam diri mereka.
Anak-anak lebih mudah mengikut apa yang mereka lihat dari apa yang
kita kata. Apa yang mereka lihat di rumah dari peringkat awal itu akan
melekat dan mengisi jiwa putih mereka.
Jika anak-anak mula melangkah ke sekolah dalam keadaan diri yang
masih kosong, tidak ditanamkan minat terhadap agama dan akhlak mulia,
maka di situlah pengaruh rakan sebaya dan dunia luar akan mudah merasuk
dan mempengaruhi mereka. Jika dari rumah sudah cenderung kepada budaya
dan sikap yang negetif, maka anak akan melebarkannya di sekolah nanti.
Jika dari rumah jiwa sudah terisi, tahu batas dan aturan agama,
insyaAllah mereka tidak mudah terpengaruh.
Oleh itu, jika ibubapa pernah lalai atau sering melakukan dosa,
hentikanlah dengan serta-merta. Lebih lama kita meneruskan amalan buruk,
lebih mudah untuk anak mengesan dan menirunya.
Ramai sudah murobbi tahfiz yang mengeluh dengan sikap ibubapa yang
masih mahu berpoya-poya dengan benda haram, tidak juga peduli suruhan
agama, tetapi mahukan anaknya dibentuk jadi ‘malaikat’. Makanan dari
punca haram dari rumah telah menjadikan ibubapa melupakan soal halal
haram. Sikap itu ditiru oleh anak-anak bersama makanan dari sumber haram
tadi.
Marilah membanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah.
Nampakkan amalan baik dengan penuh keikhlasan dan tawadduk kepada
anak-anak sehingga mereka tidak dapat mengesan dosa lampau kita. Semuga
dapat mereka memulakan hidup mengikut tabiat dan amalan baik yang kita
paparkan setiap hari.
Sesungguhnya Allah benci kepada kefasikan, kemunafikan dan golongan
yang mencampur-adukkan amal/kerja yang baik dengan amal buruk.
Ketahuilah bahawa Allah menerima taubat dengan sedekah, zakat, serta
kerja kebajikan dan jihad fi-sabilillah.(QS: 9 AT-TAUBAH 101-106).
Tunjukkanlah kerjabuat yang Allah suka ini kepada anak-anak kita agar
ianya menyerap ke dalam jiwa mereka untuk membentuk jiwa yang soleh.
Janganlah sampai kerana kita meneruskan kerja dosa kita, lalu anak-anak
menirunya dan turut menjadi pendosa yang dikaitkan dengan dosa kita
pula.
Hari ini ramai yang sudah tidak lagi merasakan bahawa arak, zina,
rasuah, riba’, menipu, mencuri, fitnah, bahkan segala macam kedurhakaan
terhadap ibubapa dan Allah itu sebagai ‘satu dosa’. Sebenarnya, itulah
sajian makanan dan pakaian sebenar (sajian minda dari sistem kehidupan
yang kita ‘pakai’), yang kita berikan kepada anak-anak kita saban hari.
Sistem hidup terkutuk yang kita pakai, iaitu suka melanggar yang
haram dan mengabaikan yang wajib itulah yang bakal membentuk akhlak
durjana yang menjadi darah daging anak-anak kita melalui makanan haram
yang kita sajikan setiap hari. Jika Muzammil (QS:73) itu bermakna kita
terlena/tidur berselimut, maka setelah terjaga, jangan lagi bertangguh
(berkemul) pula.
QS:74. Al Muddatstsir 1-5: “Hai orang yang berkemul. Bangunlah, lalu
berilah peringatan (nazir)! Demi(dan) Rabbmu besarkanlah. Demi(dan)
pakaianmu bersihkanlah. Demi(dan) perbuatan dosa tinggalkanlah”
Kita semua sedia maklum apa yang diwajibkan dan apa yang dilarang
Allah. Jika kita merasa pernah melanggar larangan dan meninggalkan
suruhan itu, segeralah menyesalinya dengan berusaha sepenuh kesungguhan
agar fitrah ‘jiwa hamba yang merasa berdosa’ itu terlihat jelas di wajah
kita oleh anak-anak kita. InsyaAllah taubat kita akan diterima dan
anak-anak kita tidak terikut-ikut dengan dosa itu.
Semuga Allah terima segala amal baik dan mengampuni segala dosa
lampau kita dengan amal soleh, melalui usaha ISLAH (berubah) yang
bersungguh-sungguh itu.
WARGA PRIHATIN
sumber: www.facebook.com/wargaprihatin
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"