[EKSKLUSIF] 6 Tips Untuk Muslimah Elak Dari Jenayah Rogol | TIPS DAN PETUA
12/10/2014 09:00:00 am
[EKSKLUSIF] 6 Tips Untuk Muslimah Elak Dari Jenayah Rogol | TIPS DAN PETUA | Setiap hari kita disajikan dengan pelbagai berita jenayah yang sering
menjadikan golongan wanita yang bersifat lemah dan tidak berdaya
sebagai mangsa, khususnya membabitkan jenayah rogol, cabul dan
sebagainya.
Meskipun negara kita mempunyai undang-undang dan pihak berkuasa yang
menguatkuasakan segala peraturan tersebut, jenayah seksual masih terjadi
seolah-olah tiada kesudahan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Justeru, penulis ingin berkongsi beberapa tips dan panduan untuk
golongan hawa bagi mengelakkan diri dari dizalimi oleh manusia-manusia
durjana tersebut.
1. Berpakaian menutup aurat sebagaimana yang dianjurkan Islam – Sebagaimana kita tahu Islam itu lengkap dan perlu dijadikan rujukan pertama untuk sebarang masalah yang kita hadapi.
Aurat merupakan kewajipan yang ditetapkan Allah SWT melalui RasulNya,
Muhammad SAW, kepada seluruh umat Islam dan antara hikmahnya ialah
mengelak dari perbuatan jahat segelintir manusia terhadap golongan
muslimah.
Misalnya, riwayat mengisahkan bagaimana seorang muslimah berhijab
yang berjalan seorang diri dan dihampiri oleh sekumpulan lelaki yang
berniat menjadikannya alat pemuas nafsu. Kumpulan lelaki itu pada
mulanya membayangkan wanita itu sebagai masih muda dan jelita.
Bagaimanapun, setelah menghampiri muslimah itu, mereka dapati dia
hanya berselindung di sebalik hijab dan wanita itu sudah tua, tidak
mengghairahkan serta berkedut-kedut kulitnya. Ia menjadikan mereka
‘tidak lagi berselera’ untuk meneruskan niat buruk mereka dan jelas
sekali aurat muslimah itu telah menyelamatkannya dari bahaya rogol
tersebut.
2. Tidak mengenakan pakaian yang seksi – Ramai yang
beranggapan memakai tudung dikepala sudah cukup memadai untuk menutup
aurat. Namun tidak ramai yang tahu dan mempraktikkan pemakaian yang
longgar, labuh dan fabrik berwarna gelap dalam etika pemakaian mereka.
Masih ramai yang bertudung, tapi seksinya mengalahkan artis.
Berseluar dan berbaju-T, berlengan panjang yang ketat begitu popular di
kalangan remaja sekarang – mereka menganggap pakaian begitu mengikut
trend busana muslimah yang terkini.
Berpakaian seksi dan menampakkan bentuk tubuh sebenarnya menambahkan
lagi keinginan seksual lelaki buas untuk merogol wanita yang berpakaian
begitu, tanpa mengira sama ada wanita itu muslimah atau tidak.
Justeru, bagi wanita yang menghargai maruah dan harga dirinya, disarankan agar tidak mengenakan pakaian seksi.
3. Berdoa kepada Allah – Rasulullah SAW di dalam hadisnya pernah bersabda;
“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan
namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha
mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan
musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika
subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga
petangnya” – Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Imam Ahmad.
Doa tersebut berbunyi begini: “Bismillahil lazi la yadhurru ma’asmihi
syai’un fil ardhi wa la fis samaa’ie, wahuwas sami’ul ‘aliim”. (Dengan
nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada
di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui, –
Dibaca tiga kali setiap pagi.
4. Mempelajari sedikit asas teknik mempertahankan diri
– Kini kerajaan menggariskan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di
sekolah-sekolah dan salah satu aktiviti yang diketengahkan ialah seni
bela diri.
Pelbagai jenis seni Silat, Taekwondo, Judo, Karate, Aikido, Wushu,
Silambam, Kalaripayat dan sebagainya diperkenalkan di kalangan pelajar.
Disarankan agar golongan pelajar perempuan mengikuti aktiviti
tersebut bagi mempertahankan diri mereka dari sebarang bahaya, khususnya
dari mereka yang berniat menyerang mereka secara seksual.
5. Semburan Lada – Satu alat yang menyemburkan
serbuk lada. Sangat terkenal di barat dan kurang diberi perhatian
kepentingannya di negara ini. Ia boleh didapati di kedai-kedai penjagaan
kesihatan seperti Watson, Guardian atau seumpamanya.
Wanita digalakkan memilikinya sebagai pertahanan terakhir sekiranya gagal melepaskan diri.
6. Elakkan dari mengikut lorong atau jalan yang sunyi seorang diri
– Sekiranya berhajat sangat mahu ke suatu tempat dan diketahui jalan
menuju ke lokasi itu sunyi dan terasing, disarankan agar membawa teman
yang boleh diharapkan.
Jika boleh, bawalah lebih dari seorang teman dan merupakan mahram
muslimah tersebut. Terbaiknya, bawalah ibubapa sebagai peneman anda.
Semoga kita semua dihindarkan dari segala bahaya dan semoga kita tidak mencari bahaya itu sendiri. Insyaallah…
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
sumber: mynewshub.my
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"