[EKSKLUSIF] Kisah Menyayat Hati | Pengorbanan Seorang Anak Terhadap Ibunya
12/06/2014 09:00:00 am
[EKSKLUSIF] Kisah Menyayat Hati | Pengorbanan Seorang Anak Terhadap Ibunya | Sebuah kisah di mana seorang anak perempuan yang dikenali sebagai Li
Yuanyuan sanggup menghabiskan masanya untuk menjaga ibunya yang sedang
keuzuran.
Sebuah cerita menyayatkan hati yang wajib kita baca.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pengorbanan
seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya dalam menjalani hidup
tanpa mengeluh dan ikhlas dalam menjalani dan boleh di jadikan contoh
tauladan buat kita semua. Kita perlu bersyukur kerana ibu kita, asbab
kita dilahirkan ke dunia ini. Dialah susah payah menjaga kita,
menyusukan kita dan sebagainya. Ikuti kisah menyayat hati di bawah ini.
Kisah seorang anak perempuan dari Changchun, China, di negera yang sangatlah sejuk. Li Yuanyuan memikul
sang ibu yang lumpuh kedua-dua kakinya sambil menggendong anaknya yang
berusia dua tahun ke rumah sakit kerana ibunya terkena serangan jantung
lagi. Orang-orang yang berlalu lalang di jalan memandang mereka bertiga
dengan mata terbeliak, semua takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah tetapi memiliki tenaga untuk memikul satu orang sambil menggendong satu orang lagi.
Menurut laporan City Evening Post pada 13 Februari 2008 lalu, Li
Yuanyuan telah memakaikan baju kepada kanak-kanak dan ibunya yang baru
sembuh dari sakit. Pada jam 10 pagi, Yuanyuan mencangkung di depan
ibunya dan meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu memanggul
ibunya, kemudian menggendong pula anaknya yang berdiri di atas tempat tidur.
Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menyokong kedua kaki ibunya,
sedangkan ibunya hanya membantu merangkul cucunya mengelilingi leher
Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit.
Sang ibu telah lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah
Yuanyuan terbiasa memikul sang ibu keluar masuk rumah sakit.
Ketika Yuanyuan berusia 7 tahun terjadilah sebuah kemalangan lalu
lintas yang benar-benar telah mengubah kehidupannya. Kerana kemalangan
ini ibundanya mengalami kelumpuhan pada kedua-dua kaki yang disemarakkan
pula dengan kehilangan ayahnya.
Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang rumah tangga.
Kerana tidak ada pendapatan Yuanyuan menyara keluarga dengan menjadi
pengutip sisa-sisa sampah. Dan duit hasil kerja kerasnya itu habis
digunakan untuk menguruskan ibunya.
Rasa bakti Yuanyuan kepada orang tua sangat menyentuh hati para tetangga,
banyak tetangga yang dengan sukarela memberi bantuan kepada ibu dan
anak perempuannya ini. Kerana sepanjang tahun hanya mampu berebah otot
kaki untuk ibunya. Walaupun sering kejang dan sakitnya kadang-kadang
sangat tak tertahankan.
Ada seorang pakcik yang bekerja sebagai seorang doktor tradisional tua, setiap hari membantunya memberikan terapi akupuntur terhadap ibu Yuanyuan,
malah doktor itu juga mengajarnya menggunakan teknik akupuntur
sederhana. Sejak berusia 11 tahun sampai sekarang, Yuanyuan sudah boleh
menggunakan teknik akupuntur untuk meringankan rasa sakit ibunya.
Tiga tahun yang lalu, Yuanyuan berkahwin, setahun kemudian, Yuanyuan
melahirkan seorang puteri. Namun di mana pun dan bila-bila masa,
Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, dia dan suaminya bersama-sama
memikul tanggung jawab mengurus ibunya.
Walaupun rumah tangganya tidak kaya, mereka sangatlah puas. Ibunya
berkata, terkenang masa 21 tahun ini meskipun penuh penderitaan, namun
dia sangat puas, dia merasa dirinya sama dengan orang tua lain yang juga telah menikmati kehangatan dan kebahagian dalam keluarga.
Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun ini, dia merasa dirinya sangat
bahagia, kerana dia adalah seorang anak yang masih mempunyai seorang
ibu. Saya rasa sangat bahagia “kerana itulah saya sanggup menjadi
tongkat kepada ibu saya sepanjang hidup saya”.
sumber: melayukini.net
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"