[HIDAYAH] Wanita Masuk Islam Kerana Seorang Budak 7 Tahun | PERKONGSIAN YANG PENUH MAKNA
12/08/2014 09:00:00 am
[HIDAYAH] Wanita Masuk Islam Kerana Seorang Budak 7 Tahun | PERKONGSIAN YANG PENUH MAKNA | Seorang budak kecil diamanahkan untuk mengedar risalah dakwah kepada
orang ramai. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun ini telah berjaya
membuatkan seorang wanita memeluk Islam dengan hanya sekeping risalah
sahaja.
*gambar hiasan |
Kisah ini amat menyentuh hati bagi sesiapa yang membacanya. Kisah
menarik ini bermula di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak
membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang
datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini,
semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua. Insha Allah.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang
Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di
kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan
beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu
menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula
membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata
“Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu
kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama
kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi
meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan
itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada
sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah
dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya
tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia
berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di
tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang
akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu
dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja
anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu
yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar
risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali
lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan
50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini
hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang
paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa
Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa
nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia
adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam
perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini
walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas
saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak
matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh
diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas
tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang
atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya
berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang
menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan
loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher
dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik,
maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup
pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan
tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat
asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang
menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat
alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak
disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya
ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk
anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh
hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini.
Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak
yang seumpama malaikat.
P/S – Subhanallah! pasti anda akan menitis air mata jika membaca
kisah ini. Walaupun pada hakikatnya perbuatan budak itu mengedarkan
risalah seperti satu perkara yang biasa, namun ia telah melakukan satu
dakwah Islam kepada semua orang. Malah tindakan budak itu juga telah
berjaya menyelamatkan nyawa seorang manusia. Indahnya Islam.
3 comments
Subhanallah...bertuahnya ibu bapa yg mempunyai anak seperti budak itu..kata2nya penuh hikmah..
ReplyDeleteBudak itu buat kje jihad.
ReplyDeletemoga sy juga dikurniakan kekuatan untuk berdakwah dan dikurniakan zuriat yg mahu berbakti menyebarkan agama Allah seperti budak kecil tu...
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"