[MENARIK] Mengembara Ke ALAM DINOSAUR di Dinoscovery, Avenue K | DESTINATION MALAYSIA
12/06/2014 01:17:00 pm
[MENARIK] Mengembara Ke ALAM DINOSAUR di Dinoscovery, Avenue K | DESTINATION MALAYSIA | Satu pengalaman yang baharu bila Abe sekeluarga dapat berpeluang untuk mengembara dan berkenalan dengan Dinosaur di Dinoscovery, Avenue K, Kuala Lumpur.
Risau jugak Abe memula sb Abe pikir, mesti Anak Teruna Abe, EanRifqee akan nangis kuat dalam tempat tu nanti. Yerlah, Abe duk terbayang EanRifqee wajib akan terkejut bila tengok muka Dinosaur tu nanti. Sound sistem dalam tu pun Abe risau takut EanRifqee terkejut... Ni anggapan pertama lah... Tapi hakikatnya TIDAK SAMA SEKALI... Nak tahu apa yang jadi? Tungguuuuuu.... & lihat...
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dengan memakai 'vest' Ahli Paleotology, maka bermulalah kembara kami....kredit: Lan Careno |
Kami semua telah diberikan Map Ahli Paleontology dengan 'stiker' untuk kami selesaikan DinoRequest. Maksudnya, kami akan check-in di point-point tertentu dan kami akan menggunakan 'stiker' yang telah diberikan untuk selesaikan 'task'.
Selain itu, kami juga dibekalkan dengan Tag (gelang tangan interaktif) WARNA BIRU dimana kami akan gunakan untuk check-in di point-point tersebut. Sesi pertama ialah taklimat & sesi penerangan bervideo. Nampak tak riak wajah keterujuaan muka semua orang untuk pergembaraan ni? hehehhe
kredit: Lan Careno |
Tak dapat Abe nak tulis banyak, korang tengok sendirilah betapa syoknya Abe sekeluarga mengembara jumpa sanak saudara Dinosaur ni, hehehhehhe.
Tengok tu, EanRifqee pun tau macamana cara nak baca peta tu, hehehhehe. Mudah kan...
Saiz sebenar berdasarkan kajian |
Kalau korang semua nak tahu, semua Dinosaur yang ada kat Dinoscovery ni dibuat pada skala saiz sebenar. Siap ada bunyi Dino sebenar lagi. Menarik kan... Korang takkan menyesal tau kalau korang datang ke sini. Korang akan dapat banyak pengetahuan yang berguna tentang binatang zaman PraSejarah ni.
Melangkah masuk je di Dinoscovery ni, akan ada pelbagai aktiviti yang menarik untuk korang dan anak-anak boleh lakukan. Bukan sekatak hanya dapat tengok dino, tapi korang juga boleh buat aktiviti yang pelbagai. Antaranya Wall-Climbing ni.
Dinosaur pada skala saiz sebenar. Siap boleh gerak-gerak lagi. Dan ada bunyi |
Di setiap perhentian, ada diterangkan dengan jelas mengenai Dinosaur yang telah di pamerkan. Info berguna seperti ni korang tak akan dapat punya di tempat lain. Ni limited info tau.
Korang jangan risau yer, Dinosaur yang ada di Donoscovery ni tak akan sesekali bergaduh yer. Jadi kompemnya korang tak perlu lari, hehehehehe. walaupun diorang bergerak-gerak, tapi taklah sampai diorang akan kejar korang :)
Tengok T-Rex kat belakang kami ni, siap ternganga lagi... Aummmmmmmmm......
Bila sampai di perhentian-perhentian (Check Point) sepertimana yang Abe cakapkan tadi, korang haruslah menggunakan Tag yang diberikan untuk 'check-in'.
Besar betul mulut si T-Rex ni nganga nak 'ngap' Abe... Aummmmmm. Tapi 'as u all can see' EanRifqee tersengeh je tengok. Dia tak takut pun.
Sepanjang pengembaraan Abe sekeluarga di Dinoscovery ni, Alhamdulillah Abe dapat info yang sangat-sangat berguna tentang Dinosaur dan yang paling penting sekali, Anak Teruna Abe, Tengku Ean Rifqee enjoyed his journey very much.
EanRifqee akhirnya kepenatan dan seterusnya lepas menyusu, dia terus selamt tidur dengan lenanya.
Bila EanRifqee dah tidur, maka bermulalah Abahnya yang macho bulatt ni bergambar sakan dengan dinosaur, hehehhe
Sesi menguis pasir cari fosil |
Selain itu, bila pengembaraan korang dah tamat, korang bolehlah ke Gift Shop untuk membeli gambar-gembar korang yang dirakam untuk dijadikan kenang-kenangan korang berkunjung di Dinoscovery Avenue K, Kuala Lumpur ni
Di Gift Shop ni juga ada menjual pelbagai cenderamata untuk korang beli.
Juga terdapat Discoveria Cafeteria untuk korang singgah disediakan di sini.
Sesi bergambar sebelum balik. Kredit: Lan Careno |
Abe rekemenkan kepada sesiapa yang berminat untuk ke sini, bolehlah bawa keluarga dan anak-anak datang ke Dinoscovery ni. Pameran ni sehingga Mac 2015 je tau, jangan ketinggalan.
Kata Blogger Lan Careno, kat sini ada 15 aktiviti interaktif yang berunsurkan 'edutainment' iaitu mendidik sambil berhibur... harga tiket masuk adalah RM35 untuk kanak-kanak dan RM25 untuk dewasa... untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU harga tiket hanya RM19... Call 03-2181 7218 untuk info lanjut...
Kalau nak tahu banyak lagi info percutian menarik di Malaysia termasuk tempat tumpuan pelancong, pakej percutian, tempat penginapan, pusat membeli belah, acara-acara menarik yang berlangsung di Malaysia dan banyak lagi... korang boleh refer di website Destination Malaysia (klik) atau Facebook Destination Malaysia (klik)...
Kalau nak tahu banyak lagi info percutian menarik di Malaysia termasuk tempat tumpuan pelancong, pakej percutian, tempat penginapan, pusat membeli belah, acara-acara menarik yang berlangsung di Malaysia dan banyak lagi... korang boleh refer di website Destination Malaysia (klik) atau Facebook Destination Malaysia (klik)...
1 comments
nampak macam best jgk nih..huhu.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"