Sahabat Que 'Silent Readers'

[REVIEW] Klang Parade, Klang - Blogger's Day Out | Gedung Keriangan Membeli Belah

6/01/2015 06:38:00 pm

[REVIEW] Klang Parade, Klang - Blogger's Day Out | Gedung Keriangan Membeli Belah | Abe telah berkesempatan untuk bersama-sama di Program 'Blogger's Day Out' yang telah dirancang dengan baik oleh Event Plus dibawah kendalian Mr Alan Thoo (EP Malaysia). Meriah sangat... Abe 'SALUTE' dengan usaha dan aturcara yang telah ditetapkan oleh pihak EP Malaysia... Tahniah...
Blogger-blogger & Instagramer-instagramer telah dikumpulkan di bawah satu kumpulan untuk sama-sama 'menerjah' Klang Parade ni. Semua yang ada kat sini merupakan Blogger-blogger yang tersohor 'wa cakap luuuu'... Tak kurang jugak dengan Instagramernya... Instagramer yang ada pengikut lebih sepuluh ribu woooo... Salute sangat :)
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Seawal jam 4 petang, kami telah berkumpul & bergambar di pentas utama terlebih dahulu. Bila dah mendaftarkan nama, terus kami semua diberikan 'Goodies Bag' setiap sorang. Abe pun dapat satu, hehehehehe. Apa isi dalamnya? Hehehehe, itu HANYA kami-kami je yang tahu, jangan jeles tau :P

Lepas posing atas pentas utama tu, kami pun di beri 'briefing' sikit oleh Mr Alan Thoo dan kitaorang seterusnya dibawa naik ke tingkat 5 ke Firezone Family Karaoke. Semasa dalam perjalanan di Tingkat 4, kami dikejutkan dengan persembahan tarian dari kumpulan Rejuvenate di depan kedai Peanut Butter Studio




Memang mantap pergerakan setiap gerak tari diorang. Kalau xcaye, korang boleh klik tengok ni... Awesome...




Seterusnya kitaorang semua terus naik dengan lajunya ke FireZone Family Karaoke, hehehehehe. Abe kalau bab karaoke ni memang suka, I LIKE, hehehehehe.


Dapat jugaklah Abe menyumbangkan suara 'POWER' Abe ni, hehehhehe. Power ke? Hentam je lah, hehehehe. Bilik karaoke yang ada di sini memang selesa, baru wooooo... Sound Sistem jangan ceritalah, mantap, terangkat :) Sambil menyanyi, kitaorang dijamu dengan minuman & jajan (makanan ringan). 


Lebih kurang sejam jugaklah kami ber'karaoke', hehehhe. Lepas tu, kami pun terus tanpa berlengah ke Circus-Circus Entertainment Centre.


Abe dapat token 10 free tau. Apa lagi, 1stly, Abe cari 'game' Racing Car untuk me'racing'kan diri... Lepastu Abe habiskanlah baki-baki token yang Abe ada tu, licin... Puas hati sangat sebab semua game yang ada ialah game mesra customer.


Masing-masing Blogger & Instagramer tunjuk skill dan bakat melenjan game yang ada, meriahhhhhhhh.... Game yang ada sesuai untuk semua peringkat umur, sesuai untuk seisi keluarga.


Seterusnya kitaorang semua telah dipecahkan kepada 3 grup, mengikut riben berwarna kuning, pink dan juga ungu. Abe dalam drup Ungu. Amazing Mall Hunt namanya. Dalam Amazing Hunt ni, Abe dan grup telah ke tiga lokasi, pertamanya kitaorang gi buat 'food testing' di Spices Of Penang.


Inilah hasilnya, jeng jeng jeng... Kitaorang dapat meng'food testing'kan ABC aiskrim, Fries dan rojak 'pure' daripada Penang. Sedap sangat. Korang semua kena cuba tau... Gerenti takkan menyesal & korang akan kerap datang ke Spices Of Penang...

Mr Tauke Spices Of Penang sedang bg penerangan kepada kitaorang semua

Lepas sesi Food Testing' di Spices Of Penang,kitaorang seterusnya ke Kedai Kasut Red Modani di Aras Bawah (G).


Banyak sangat pilihan kasut-kasut yang cantik di Red Modani ni, Terima kasih Red Modani sebab bagi kitaorang 'souvenir' yang cute :)

Red Modani ni juga ada buat kasut jenama mereka sendiri tau, kelass gittew
Dan last sekali untuk Amazing Hunt ni, kitaorang pergi kedai baju DEES. Banyak sangat pilihan baju kat dalam kedai DEES ni dan semua cantik-cantik.


Korang tengoklah sendiri...


Akhirnya, kitaorang semua pergi ke Next Food (Food Court di tingkat paling atas) untuk menghabiskan RM30 baucer yang kitaorang masing-masing. 
Akhir sekali daripada Abe, terima kasih kepada Ruby, Alan Thoo, semua bloggers & instagramer yang menjayakan aktiviti ni. Terima kasih jugak kepada Klang Parade sebab anjurkan Blogger's Day Out ni. Jangan lupa ajak Abe lagi tau, hehehhehe. Terima kasih diucapkan kepada pihak Klang Parade kerana memberi kepercayaan tinggi kepada kususnya Bloggers & Instagramers di Malaysia.
Sedikit latar belakang Klang Parade, Klang, Malaysia.
KLANG PARADE, sebuah Pasar Raya besar yang terletak berdekatan Bandaraya Klang, Selangor dan ramai orang yang dah tahu akan kewujudannya sejak dulu lagi. Klang Parade telah menjalani makeover besar-besaran dan telah diubahsuai sejak Jun 2013, memperkenalkan penambahan struktur ke pusat membeli-belah termasuk dua baru mollusk terang bermandikan cahaya matahari semula jadi di siang hari, travelators baru dan rasa ketenangan. Kini, Klang Parade sudah berubah wajah setelah melalui makeover yang sangan cantik, kerja-keja renovasi besar-besaran sejak bulan Jun 2013 dikendalikan oleh pemilik Mall iaitu ARA Asset Management Limited. Sejak awal tahun ini, Klang Parade telah kembali beroperasi sebagai sebuah pusat membeli belah komuniti yang moden. 
Kalau anda juga mahu datang merasai suasana baru boleh terus ke alamat ini: 
KLANG PARADE No 2112, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia. 
Untuk info lebih lanjut: 
Facebook : Klang Parade 
Instagram : @klangparadeshopping

You Might Also Like

4 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad