Kebanyakan kita mempunyai aluminium foil ini di dapur dan hanya akan
digunakan apabila hendak membakar makanan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Kebanyakan kita tidak tahu
bahawa aluminium foil init terdapat pelbagai kegunaan yang hebat. Di sini dikongsikan lima kegunaan lain aluminium foil.
1. MENGEKALKAN RASA PIZZA YANG DISIMPAN
Jika anda memesan pizza balik kerumah tedapat lebihan pizza yang
tidak habis anda tidak lagi perlu buang. Ramai orang membuang kerana
sudah tidak sedap dimakan kalau disimpan. Ikut cara ini, anda bungkuskan
pizza tersebut dengan aluminium foil satu persatu dan letakkan didalam
peti ais bahagian atas. Biar ia disitu sehingga anda hendak makan
semula.
Apabila hendak dimakan anda keluarkan semula dan panaskan ia di dalam
oven atau pun kuali selama 10 minit dan hasilnya seolah-olah pizza yang
baru dipesan kerana pizza anda masih segar dan elok.
2. MENCUCI KOTORAN DEGIL DI BEKAS MAKANAN ANDA
Jika dirumah anda tiada penggosok besi untuk mencuci kotoran degil di
bekas makanan, ada tidak perlu risau aluminium foil boleh menggantikan
penggosok besi anda.
Keronyokkan aluminium foil tersebut dan gumpalakn seperti bola kecil
dan anda terus boleh menggunakannya untuk menggosok bekas makanan anda.
3. MENCANTIKKAN SEMULA BINGKAI GAMBAR LAMA
Bahan-bahan yang diperlukan.
- Bingkai kayu lama yang sudah lusuh
- Aluminium foil
- Gam
- Pewarna Metalik
- Pisau
Sapukan gam di atas sekeliling bingkai bahagian hadapan
Terbalikkan bingkai tersebut atas hamparan Aluminium foil dan biarkan kering
Selepas kering, Potong alumnium foil tersebut dengan pisau ikut bentuk bingkai
Sapu cat bewarna kesukaan anda dia atas aliminium foil tersebut
Dan ini hasinya. Cantikkan
4. MENGASAH GUNTING YANG TUMPUL
Langkah ini adalah yang paling senang, anda hanya perlu menggunting
Aluminium foil tersebut berulang kali dan hasilnya gunting anda akan
menjadi tajam semula
5. MEMUDAHKAN ANDA MENGGOSOK BAJU
Menggosok baju adalah perkara yang paling ramai orang tidak suka kerana lambat tetapi terpaksa lakukannya.
Kali ini kami akan berkongsi caranya untuk memudahkan anda menggosok baju.
Tanggal sarung kain papan penggosok baju anda dan anda hamparkan
aluminium foil di atas papan tersebut dengan membalut keseluruhan
permukaannya.
Sarung semula sarung kain tersebut
Anda sudah boeh menggunakannya. Kelebihan cara ini adalah anda tidak
perlu berkali-kai mengulang gosok di tempat yang sama kerana haba strika
akan memanaskan foil tersebut dan akan membalikkan haba terkena baju
anda.
Keadaan ini terjadi seolah-olah anda menggosok kedua-dua bahagian
baju depan dan belakang. Selain itu cara ini melancarkan pergerakan
strika anda apabila ditolak kerana aluminum foil ini membuatkan
permukaan menjadi licin.
6. MEMBERSIHKAN OVEN
Penat untuk mengikis sisa makanan yang hangus terjatuh di bahagian
bawah oven? Lapiskannya dengan aluminium foil di bawah permukaan oven.
Ini akan membolehkan segala air atau sisa makanan tidak melekat di bawah
permukaan oven.
7. MENJADIKAN SABUN BUKU TAHAN LAMA
Lapikkan sekeping aluminium foil di dalam bekas sabun mandi anda sekaligus akan mengelakkan aliran air yang banyak.
8. MEMBUAT PEMANTUL POTRAIT
Keadaan permukaan aluinium foil yang meantulkan cahaya sesuai untuk
menggantikan pemnatul cahaya yang mahal. Dengan menggunakan kadbod yang
dibaluti dengan kertas aluminium foil sebagai pemantul potrait akan
menjadikan gambar yang diambil lebih hidup dan cantik!
9. MELANCARKAN SIARAN TV
Sekiranya televisyen ada seperti dalam gambar di mana pemain DVD
diletak di atas tv akan menyebabkan siaran tv akan terganggu kerana
medan magnet antara kedua-dua alat ersebut bertembung. Untuk mengatasi
masalah ini hanya perlu meletak sekeping aluminum foil antara pemain DVD
itu dan tv anda.
10. MELEMBUTKAN GULA PERANG
Ramai orang memasukkan gula perang ke dalam mikrowave untuk
melembutkan isi gula tersebut, namun ini sebenarnya menjadikan gula
tersebut semakin mengeras. Jadi, untuk melembutkan gula perang tersebut,
cuba balutkan gula perang dengan kertas aluminium foil dan bakar pada
300 darjah (Fahrenheit) selama 5 minit.
tips yg menarik ... tp hanya separuh kot nk tiru hehehe
ReplyDeleteSalam Abe..Lya sggah sini..Wahh byk jgak kegunaannya yg kita tak tau.blh cuba ni..ta abe sudi..kongsi
ReplyDeleteNice info...Interesting post...
ReplyDelete