[EKSKLUSIF] Sejarah Ayat Kursi | INFO Yang Ramai Tak Tahu
1/31/2015 01:31:00 pm
[EKSKLUSIF] Sejarah Ayat Kursi | INFO Yang Ramai Tak Tahu | Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah
diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam
perjuangan mereka.
Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt
sabit menulis serta menyebarkannya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk
rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari
godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan
dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara
dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada
menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya
pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya.
Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh
menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru
maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca
ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar
daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya.
sumber: zharifalimin.blogspot.com
3 comments
subhanallah.......thnx share info bang
ReplyDeletesubahanallah. banyak sungguh kebaikan ayat kursi ini.
ReplyDeleteAyat Kursi.. :)
ReplyDeleteSelalu terdapat dalam novel nukilan Ramlee Awg Murshid.. :)
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"