Sahabat Que 'Silent Readers'

[PELIK] Misteri Pokok 3,500 Tahun Terbakar | PELIK TAPI BENAR

2/08/2015 11:53:00 am

[PELIK] Misteri Pokok 3,500 Tahun Terbakar | PELIK TAPI BENAR | LONGWOOD, Florida – Beberapa anggota bomba menyatakan sebatang pokok yang berusia 3,500 tahun terbakar dan tumbang di tengah Florida pada Isnin lalu.


Punca pokok sipres itu terbakar yang setinggi 36 meter dan diberi nama jolokan Senator itu masih tidak diketahui.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Namun, seorang pegawai bahagian perhutanan memberitahu akhbar Orlando Sentinel bahawa ia mungkin sengaja dibakar.

Menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba Seminole, Steve Wright, pokok tersebut terbakar selama beberapa jam.

Dia berkata, api itu terbakar dari dalam pokok berkenaan.

Anggota-anggota bomba tiba pada pukul 5.50 pagi dan menggunakan hos sepanjang lebih 240 meter untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Wright berkata, satu bahagian pokok yang sepanjang enam meter tumbang pada pukul 7.45 pagi.

Beberapa pegawai taman hutan simpanan menyatakan pokok itu pernah mencecah ketinggian 50 meter sebelum bahagian atasnya ‘dipotong’ akibat puting beliung pada tahun 1925. – Agensi

sumber: kosmo.com.my

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad