[EKSKLUSIF] 9 Tips Mendapatkan Anak Kembar | Buat Pasangan Yang Teringin | Jika anda salah seorang daripada ibu yang sedang mengandung anak
kembar, tahniah!.
Tidak ramai sebenarnya yang dapat merasai sepasang
bayi di dalam kandungan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ada yang kata anak kembar ni semuanya kita
dapat rasakan berganda, termasuk kesakitan waktu bersalin.Cemburu dengan orang yang dapat anak kembar?
Kenapa perlu cemburu? Itu rezeki masing-masing yang telah ditetapkan
Allah. Ada yang dapat anak kembar perempuan, ada pula yang dapat anak
kembar lelaki. Yang lebih menarik, dapat sepasang anak lelaki dan
perempuan. Bersalin pula, sekali sahaja! Peluang untuk mendapat anak kembar sebenarnya adalah rendah iaitu
kurang daripada 1%. Majoriti daripada anak kembar adalah terdiri
daripada kembar tidak seiras, di mana dua telur telah disenyawakan.
Selebihnya adalah kembar seiras di mana satu telur pecah menjadi dua
fetus. Secara genetik, mereka akan mempunyai sama jantina, sama
ciri-ciri fizikal dan sama perwatakan. Ada juga yang akan lahir sebagai
kembar Siam, di mana mereka berkongsi anggota badan.
Bagaimana cara mendapatkan anak kembar?
Perkongsian ini datang dari Facebook Page Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung yang menyenaraikan perkara berikut:
1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga, terdapat pasangan yang mempunyai anak
kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini
kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa. Jika genetik sudah ada, cara mendapatkan anak kembar mungkin lebih mudah, jika diizinkan Allah.
2. Umur
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang
lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan
wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka
akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa
proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi
tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
4. Berat badan dan ketinggian
Cara mendapatkan anak kembar juga dikatakan ada kaitan dengan berat
badan. Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai
kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang
tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Senarai
cara mendapatkan anak kembar ini hanyalah tips semata-mata. Ia perlu
seiring dengan usaha. Kena jaga diet!
6. Pengambilan ubat kesuburan
Cara mendapatkan anak kembar dengan ubat kesuburan perlu mendapat
nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan
boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum
dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian
mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.
7. Kahwin dengan keturunan kembar
Cara mendapatkan anak kembar yang penting ialah kahwin dengan orang
yang ada keturunan kembar. Semasa bercinta, cuba selidiki samada balak
pasangan kita ada sejarah kembar atau tidak. Cuba semak latar belakang,
entah-entah, bakal pasangan ada kembarnya! Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara
untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang
tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih
menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak
sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau
kandungan bermasalah juga tinggi.
8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
Cara mendapatkan anak kembar tidak boleh lari dari makanan. Makanan adalah sangat penting dalam proses untuk dapat anak kembar. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan
mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur
minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak
kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja
baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk
mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak
ada rezeki untuk mendapatkan anak.
9. Berdoa pada Allah
Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara
mendapatkan anak kembar. Pelajari doa cepat mengandung yang selalu
diamalkan. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:
Perkara yang ramai orang tidak tahu, bila hamil anak kembar
Mungkin cara mendapatkan anak kembar tidak selalu dibincangkan. Jika
kita bertanya pasangan yang mendapat anak kembar, acapkali kita dengar,
“Entahlah, tak tau macam mana nak bagi tips atau petua. Dah rezeki”
Tidak kira anak kembar mana yang anda bakal lahirkan, banyak perkara
yang anda harus titik-beratkan. Kebiasaannya, anda boleh mengesan yang
anda sedang hamil dengan anak kembar seawal trimester pertama lagi.
Pemeriksaan ultrasound boleh mengesahkan anak kembar dan
hasilkan imej untuk uterus dan anak kembar anda. Sediakan bajet untuk 3D
4D Scan di klinik yang berdekatan. Setelah anda disahkan mengandung anak kembar, persiapan yang lebih rapi dari segi mental dan fizikal haruslah dilakukan.
Apa perlu buat jika mengandung anak kembar?
Kita sudah ketahui cara mendapatkan anak kembar. Tips dan petua itu
mungkin buatkan anda berjaya mendapatkan anak kembar. Namun, itu hanya
satu permulaan. Bagaimana sekiranya anda benar-benar hamil anak kembar?
Apa yang perlu dilakukan? Antara perkara yang anda boleh jangkakan lebih dari biasa adalah:
1.Pemeriksaan pra-natal yang lebih kerap
Anda akan lebih kerap bertemu dengan doktor, jika orang lain perlu
membuat temujanji sebulan sekali, anda mungkin perlu berjumpa sebulan
dua kali. Jumlah ultrasound dan ujian lain juga akan bertambah.
2. Berat badan bertambah lebih banyak
Jika anda mengandung seorang bayi pun, berat akan bertambah beberapa
kilogram, kini dengan anak kembar, jangkakan berat anda bertambah
sebanyak 17-25 kilogram.
3. Langkah berjaga-jaga tambahan
Doktor anda mungkin akan sarankan supaya anda menghadkan aktiviti
anda seperti bekerja, melancong atau aktiviti fizikal semakin sarat anda
mengandung. Hanya perlu kurangkan serba sedikit berbanding biasa, bukan sampai ke
tahap tak boleh buat langsung. Takut-takut pulak nanti pertumbuhan bayi
terganggu apabila anda terlebih duduk diam.
4. Ambil nutrien tambahan
Memandangkan anak kembar memerlukan zat sekali ganda, anda semestinya
memerlukan asid folik, kalsium, zat best, protein dan nutrien-nutrien
penting lain bagi menggalakkan pertumbuhan yang sihat bagi anak dalam
kandungan tersebut.
5. Mungkin tak cukup bulan
Bagi seseorang ibu yang mengandung, 40 minggu adalah tempoh yang
cukup bagi pertumbuhan bayi yang sempurna dan selamat untuk dilahirkan
samada secara semulajadi ataupun caesarean. Tetapi dengan anak kembar, risiko adalah lebih tinggi untuk bersalin
normal disebabkan pelbagai komplikasi. Mungkin seawal minggu ke-38 atau
ke-39 anda sudah diminta untuk melakukan pembedahan.
Harapan saya
Sungguh indah apabila perkhabaran gembira diterima bahawa anda
mengandung, tetapi sepatutnya anda lebih gembira apabila mengetahui anda
bakal menerima anak kembar. Jika dipandang dari sudut positif, orang
lain mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan dua orang
anak, kini anda mengambil masa hanya 9 bulan untuk mendapatkan dua orang
anak. Menarik bukan? Benar, cara mendapatkan anak kembar hanya satu usaha. Segala-galanya
atas kehendak Allah. Apa yang penting, kembar atau tidak, amalan ibu
mengandung yang diajar dalam Islam, jangan ditinggalkan. Amalkan selalu
dan semoga dikurniakan anak yang pintar yang dapat menjunjung tinggi
nilai Islam.
Selamat mencuba!
sumber: siraplimau.com
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"