[KISAH NYATA KISAH BENAR] Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA, Manakala... | Anak Anak Pula… Hurmm
5/14/2015 09:00:00 am
[KISAH NYATA KISAH BENAR] Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA, Manakala... | Anak Anak Pula… Hurmm | Kisah ini adalah kisah benar yang menjadi realiti bagi sebahagian
dari masyarakat kita…
Semoga kita muhasabah diri dan berdoa agar jadi
anak yang soleh solehah sehingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah…
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni:
“Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye”…(sambil bersalam)
Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.
“Seorang anak, tak sepatutnya bertanya
begitu kepada seorang ayah, dah dia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur
je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil.
Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan
anak”.
Pakcik tu bagitahu anak dia
alhamdulillah semua boleh dikatakan bergaji agak lumayan jugalah, yang
bersalam dengan dia tu anak bongsu, gaji dah 7@8k sebulan dan isteri dia
pun bekerja…cikgu.
Saja ajak dia berbual rancak sikit sebab
saya dok menahan sakit kena urut baru-baru ni, jadi saya pun buat-buat
tanya..”Berapa sebulan semua anak-anak pakcik bagi?”
Dia pun menjawab dengan jujur: ” Malu
sebenarnya pakcik nak cakap, kalau mereka bagi cukup..tak payahlah
pakcik dok berurut orang lagi macam ni, sebab umur pun dah 77 tahun.
Mereka bagi Rm50 seorang, dapatlah Rm150 sebulan.”
Saya terdiam…xnak ulas apa-apa lagi.
Cuma terfikirlah saya…kenapa berkira sangat dengan seorang ayah? Kalau
seorang anak beri RM300, dah RM900, bolehlah seorang ayah tu berehat
sikit di usia senja mereka.
Selalunya seorang anak yang berkira
dengan ibu ayah, walau sebanyak mana rezeki yang mereka
dapat…kebiasaannya mereka akan berasa tak pernah cukup dengan pendapatan
mereka. Nafsu mereka menjadi makin besar….(Sebenarnya ujian dari Allah
swt untuk anak-anak yang tiada kasihan belas kepada ibu ayah)
Berbuat baik dan berbaktilah dengan ibu
ayah kalian sewaktu mereka masih ada, menyesal kemudian..dah tak berguna
lagi. Sepatutnya kalian berbangga dengan ibu ayah yang susah, tapi
berjaya juga menghantar kalian ke menara gading dan akhirnya kalian
beroleh kerjaya yang hebat-hebat belaka. Berilah peluang untuk ibu ayah
merasa hidup senang sikit. Mereka nak tinggalkan kalian tak lama dah.
sumber: GuaBlog.com
2 comments
gaji 7@8 k..bg rm50 sebulan...ya Allah bukakanlah hati anak2 pakcik ni untuk melihat kebenaran...jauhkanlah mereka dr menjadi anak yang derhaka..
ReplyDeleteBetul tu bro,ayah saya tak pernah meminta duit dari saya. Dia dah meninggal dunia ketika umurnya 72 tahun. Terbaca cerita ni sedih pula rasanya.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"