[MESTI BACA] Keburukan Menahan Kencing Yang Perlu Anda Tahu | INFO WAJIB BACA
5/29/2015 09:00:00 am
[MESTI BACA] Keburukan Menahan Kencing Yang Perlu Anda Tahu | INFO WAJIB BACA | SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau
memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu
tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun
yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat
Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri
daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan
masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh
meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens
iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing
daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau
meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah
sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air
kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan
ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di
antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang
normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila
seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali
iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan
seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing,
kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku
kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda.
Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada
10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah
senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan
penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan
kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan
tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air
kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati
mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur
selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu
berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata
profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode,
Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori
perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable
Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk
pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang
mula berfikir.
sumber: itsmesaiful.blogspot.com
Incoming search terms:
- awek minum air kencing laki
- bahaya tidak dapat mengawal kencing
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"