[WAJIB BACA] Tips Kahwin Muda | Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa Mertua
5/19/2015 09:00:00 am
[WAJIB BACA] Tips Kahwin Muda | Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa Mertua | Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya
seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri.
Dalam
masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk
melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam
lingkungan20-24 tahun.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau
matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah
satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi
mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24
tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan
yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam
berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi
lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim
yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan
amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar
pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa
perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu
semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah
sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang
Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi
meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut
adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu.
Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri
dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga
sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada
ibubapa bahawa anda mampu untuk menanggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi.Pastikan
perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu
pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa
tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan
baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi
‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda
mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi
menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang
baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa
berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati
ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak
membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan
berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam
terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan
ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula
permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan
tawakal.InsyaAllah.
1 comments
haaa siapa-siapa yang berhajat nak kahwin muda tu elok baca entri ni...
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"