CARA TERBAIK | UNTUK MERAWAT HATI YANG TERLUKA | Tiada siapa di antara kita yang mahu
merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada
permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air
mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Selalunya
kekecewaan ni kerap kali berlaku disebabkan ‘CINTA’. Namun ketahuilah,
cinta itu ada pasang surutnya dan setiap pertemuan pasti bertemu
perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana
percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana
perkara lain.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah,
mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita. Cara terbaik
untuk merawat hati yang terluka. Cara terbaik untuk merawat hati yang
terluka.
Pendek
kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan
membuatkan kita merasa lemah. Oleh itu, gila kentang ingin kongsikan
cara terbaik untuk merawat hati yang terluka.
CARA TERBAIK UNTUK MERAWAT HATI YANG TERLUKA
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin
selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka
kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu
dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan
amalan ini.
Semasa
saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca
surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai
membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang
surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu,
boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain.
Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, komputer atau pelbagai lagi device yang boleh kita pasang.
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada
rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun &
Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat
Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan
kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
– Berwudhuk sebelum tidur
– Baca surah Al Mulk at least 10 ayat (paling malas la tu..)
– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
– Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini
penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang,
sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan
mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa
yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa
yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang
Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”(QS Ar Ra’d : 28)
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”( QS.At -Taubah : 40 )
Incoming search terms:
- cara menenangkan hati yang keceea
- rawat hati
sumber
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"