Lelaki Dengan Penyakit Kulit Yang Luar Biasa | PELIK TAPI BENAR
6/09/2015 09:00:00 am
Lelaki Dengan Penyakit Kulit Yang Luar Biasa | PELIK TAPI BENAR | Seorang lelaki di China yang digelar ‘Chimp’ mula menerima rawatan
untuk membantu menghilangkan tompok hitam berbulu di badannya.
Zhang
Hongming dari Chongqing, barat daya China, menderita penyakit kulit luar
biasa yang dipanggil pigmentasi nevus itu, sejak dia dilahirkan,
menyaksikan pesakit mempunyai tahi lalat berbulu gergasi.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Hongming dilahirkan dengan tanda lahir hitam di badannya, tetapi
ekoran keluarganya miskin, dia tidak pernah mendapat sebarang rawatan.
“Tompok hitam itu telah menjadi mimpi ngeri sejak saya dilahirkan.
“Pada mulanya saya hanya ada tanda lahir berwarna hitam, tetapi sejak
umur lapan tahun, benda itu semakin membesar dan mengeluarkan bulu,”
katanya. Menurut Hongming, akibat penyakit yang dialaminya itu, dia juga
sering dibuli dan diejek, selain digelar monyet atau cimpanzi. “Setiap
kali saya melihat orang di sekeliling saya berbisik-bisik sesama mereka,
saya akan melarikan diri,” ujarnya.
Hospital Pembedahan Plastik Hua Mei di Shanghai telah bersetuju untuk
menyediakan rawatan percuma bagi merawat penyakitnya itu. Dia kini
sedang menjalani rawatan pertama daripada enam prosedur yang perlu
dilaluinya untuk menghilangkan bulu-bulu dan tahi lalat tersebut. –
AGENSI
1 comments
ok tak nak tengok lama-lama sebab rasa semacam dan kasihan...
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"