Mencari Keikhlasan | Untuk Memaafkan Seseorang
6/25/2015 10:26:00 am
Mencari Keikhlasan | Untuk Memaafkan Seseorang | Assalamualaikum kepada semua Sahabat yang Abe kasihi. Memang teramatlah MUJAHADAH dalam nak mencari ikhlas..
Teramat
lah, utama, dituntut.. menelan dengan sepenuh akan segala ujian yg
Allah beri, utk meletakkan diri, di makam ikhlas yang tinggi...
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
MUSUH
sebenar, di dalam diri, iaitu perasaan yang lahir dari hati, akan
setiap yang di hadapi, dari mana mari? dari Ilaahi yaa Rabbi tentu
sekali, dalam IMAN mu di uji...tengoklah dalam diri Nabi, sollallaahu
'alaihi, bagaiman diperlakui, tetap idak didemdami, dengan kebaikan
dibalasi, terzahir akhlak yang terpuji, semua musuh menyerah diri, bukan
kerana x berani, tetapi tertewas pada hati, akan keindahan yang
diteladani...
Umar, Abu 'Ubaidah.. contoh yang terjadi, dari
zalim, bengis dan keji, menjadi mulia di sisi Ilaahi.. dek kerana
ikhlasnya Nabi, apa kata kalu kita contohi??
LAQADKAANA LAKUM FII RASUULILLAAHI, 'USWATUN HASANAH
sesungguhnya, bagi kamu, pada diri Rasuulullah itu, terdapat contoh2 yang baik ( untuk kamu ikuti ).
Belajar Memaafkan Orang Lain
“Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui “.
Inilah
doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w tatkala Rasulullah diperleceh
sambil dilontarkan batu oleh penduduk Taif, tiada dendam dan tiada
menaruh kemarahan yang dizahirkan oleh Ar-Rasul walaupun dalam keadaan
yang begitu kritikal.
Orang yang berjiwa besar ialah orang yang
mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika
kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan
meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “
Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain
kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!
Hakikatnya
bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita gunakan
perkataan belajar memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang lebih
luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri. Perhatikan hubungan
kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik,
jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar
memaafkan orang lain.
Marilah kita berusaha mencontohi keperibadian Qur`ani:
“Iaitu
orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah
dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang
lain” (Ali Imran : 134)
Mulai hari ini, Abe akn cube sikit demi sikit tuk memaafkan orang lain yang menyakiti Abe. Semoga Allah lembutkan hati Abe. Belajar memaafkan dan memohon maaf...sama-sama lah kita bertaubat, bersihkan hati. Tiba2 terfikir. Kita buat silap sekali kat orang tu pun orang tu
susah nak maafkan kita. Kita ni kena lagi teruk dengan orang lain, duk
cuba nak maafkan tapi hati masih sangat2 berat lagi nak maafkan.
Ataupun, ni petunjuk supaya kita maafkan orang tu? Supaya orang lain boleh memaafkan kita jugak?
3 comments
Memang kadang-kadang susah nak maafkan seseorang apatah lagi kalau perkara yang dibuatnya memang membuatkan marah. Tapi kena didik hati untuk cepat memaafkan! :)
ReplyDeletekalau kita dapat memaafkan seseorang itu adalah kemenangan yang paling sweet buat diri kita sendiri...
ReplyDeletesebelum tidur, niat dalam hati maafkan orang sekeliling..inshaAllah, hati lebih tenang.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"