PELIK TAPI BENAR | Hasrat Berkahwin Dengan Hantu Akhirnya Tercapai
6/12/2015 09:08:00 am
PELIK TAPI BENAR | Hasrat Berkahwin Dengan Hantu Akhirnya Tercapai | Dalam adat mereka, perkahwinan hantu sering dijalankan.
Kita juga
biasa melihat mereka menjalankan upacara hantu setiap tahun.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Di China ,
orang sanggup menggali kubur dan mencuri mayat wanita dalam usaha mereka
berkahwin dengan wanita tersebut. Akhirnya, dua orang perompak
tertimbus dalam kubur tesebut. Makanya, tercapailah hasrat mereka untuk
berkahwin dengan hantu atau mayat yang mereka gali. Selain itu juga,
mereka mengambil barang-barang berharga yang ditinggalkan bersama
mayat.
Artikel yang berkaitan tercapai hasrat berkhawin dengan hantu:
Beijing: Dua perompak terperangkap dan mati lemas dalam sebuah kubur
hingga menyebabkan tiga rakan mereka yang berkawal terpaksa menghubungi
anggota polis untuk meminta bantuan. Kubur purba di Xi’an, wilayah
Shaanxi itu dirompak lima lelaki pada awal pagi 10 Ogos lalu. Dua
daripada perompak yang menggali lubang pada kubur berkenaan kemudian
terperangkap.
Seorang daripada tiga rakan mereka yang ditugaskan untuk berkawal
dapat melarikan diri, manakala dua lagi ditahan. Seorang perompak yang
terperangkap ditemui mati manakala rakannya pula menghembuskan nafas
terakhir ketika dibawa ke hospital.
Polis masih memburu lelaki yang melarikan diri itu. Pada Mac lalu,
empat lelaki didakwa di mahkamah Xi’an kerana menggali mayat wanita
dalam usaha untuk menjalankan upacara “perkahwinan hantu”. – Agensi
sumber: anjungsena.blogspot.com
1 comments
dah macam-macam dah manusia zaman sekarang ni, pelik pelik betulll
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"