Bangkitkan MOOD KEGHAIRAHAN & CINTA Di Kediaman Anda | Varian Terbaru Ambi Pur Moodtheraphy
7/03/2015 08:51:00 am
Bangkitkan MOOD KEGHAIRAHAN & CINTA Di Kediaman Anda | Varian Terbaru Ambi Pur Moodtheraphy | Penat seharian bekerja di pejabat sedikit sebanyak boleh buatkan mood jiwa Abe sedikit tertekan. Sebab itu, Abe kena cari alternatif lain untuk bagi jiwa ni tenang sikit bila balik ke rumah.
Jangan salah paham yer, bukan maksud Abe ketenangan tu tiada di rumah. Maksud Abe sebenarnya, kena EXTRAkan mood ketenangan & cinta lebih sikit bila ada kat rumah. Macam mood masa memula kahwin dulu, hehehehe.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Haruman yang segar seperti wangian bunga, pewangi, lilin berharuman mula abe cari kembali untuk dapatkan balik mood untuk bercinta di rumah.
Haruman yang segar seperti wangian bunga, pewangi, lilin berharuman mula abe cari kembali untuk dapatkan balik mood untuk bercinta di rumah.
Alhamdulillah, kini Abe telah temui Alternatif yang Abe cari-cari ni. Kebetulan pulak, Ambi Pur menjemput pasangan menghangatkan semula asmara dengan koleksi terkini MoodTherapy dengan menghilangkan bau yang tidak diingini dan membawakan kembali kesegaran cinta! Koleksi MoodTherapy Ambi Pur dicipta untuk menjadikan rumah pasangan lebih kondusif untuk mencipta asmara. Korang tengok sendiri gamabr-gambar yang Abe snap ni, HANGAT kan? AUMMM
Setiap varian ini boleh didapati di dalam bentuk:
Febreze Fabric Freshener - RM11.90
Ambi Pur Set & Refresh - RM18.50
Ambi Pur Air Effects - RM19.90
Ambi Pur gel Fresh - RM9.90
Koleksi MoodTheraphy Ambi Pur ini telah dilancarkan di Sunway Pyramid dengan kehadiran rakan usaha sama kempen ini iaitu Harith Iskander dan isterinya, Dr. Jezamine Lim.
Joon Wong yang merupakan Presiden Persatuan Pakar Aromaterapi Malaysia ("MAPA") pun mengatakan bahawasanya, wangian adalah sangat berkuasa. Wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka "mood" yang tertentu atau mengimbas memori, terutamanya memori di awal perhubungan.
Tambah Joon Wong lagi...
It is one of the five senses. It is very important as it is closely linked with/related to the limbic system - a complex system of nerves and networks in the brain, involving several areas near the edge of the cortex concerned with instinct and mood. It controls the basic emotions (fear, pleasure, anger) and drives urges like hunger,sex, dominance, care of offspring. The sense of smell can, in fact, trigger long lost memories and affect our mood, and therefore our feeling and emotions. For example, to a certain extent, "smell" can make us feel hungry. Smell or scents can have positive (or negative) effects on mood, stress, sleep enhancement, self-confidence, psychological, physical and cognitive performance.
Harith dan Dr. Jezamin juga telah mengadakan sesi perkongsian dengan media dan orang rami mengenai kepentingan menghidupkan asmara di dalam perkahwinan. Pasangan selebriti ini menasihatkan bahawa usaya yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan. Pelawak Malaysia dan isterinya itu juga berkongsi bagaimana mereka meluangkan masa untuk bercinta dan bagaimana mereka melakukannya di rumah.
"MoodTheraphy sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai jadual yang ketat seperti kami. Dengan kerja dan anak-anak, sukar untuk kami mengekalkan kehangatan cinta - yang sangat penting sebenarnya. Setiap hubungan memerlukan usaha dan sangat senang bila ada penyelesaian yang mudah seperti ini," kata Dr. Jezamine.
"Seronok sekali dapat menghidupkan semula saat-saat indah bersama isteri saya. Ia membantu anda mengingati mengapa dan bagaimana anda jatuh cinta dengan pasangan. Wangian adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa; tetapi anda tahu ia ada," kata Harith.
"Begitu juga dengan bau busuk, anda tidak sedar bagaimana ia menjejaskan anda. Namun selepas anda menghilangkannya dan menyembur sedikit wangian, seluruh mood anda boleh berubah. Di rumah, kita sudah terbiasa dengan bau-bau yang tidak menyenangkan dan ini boleh menjejaskan kita tanpa disedari," tambahnya.
Bau busuk boleh menjadi sangat tidak menyenangkan kepada seseorang. Ia perlu ditangani kerana boleh menjejaskan fikiran dan suasana tanpa disedari. Persekitaran yang harum boleh menggembirakan, menenangkan deria dan menaikkan mood.
Ambi Pur mencipta tiga (3) mood untuk citarasa yang berbeza dengan varian Love's Bouquet, Relax & Unwinddan Splash of Revival.
Love's Bouquet
Love's Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang sangat mengasyikkan. |
Relax & Unwind
Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba |
Splash of Revival
Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin. |
Abe sukakan ketiga-tigaVarian terus, semuanya sedap baunya. Dapat bangkitkan Mood Keghairahan & Cinta di kediaman korang semua. Kalau tak caya, korang kena beli. Alamilah sendiri...
Untuk Maklumat Selanjutnya:
Mengenai Procter & Gamble:
P&G berkhidmat untuk hampir lima bilion pengguna di seluruh dunia melalui jenama-jenamanya. Syarikat ini mempunyai salah satu portfolio terkuat bagi jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menerajui pasaran termasuklah Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, Wella® dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita terkini dan maklumat lanjut mengenai P&G dan jenama-jenamanya.
Selamat Tinggal Bau Busuk! Selamat Datang Romantis!
2 comments
ehemmmm macam nak kena cari ni heheheheh
ReplyDeleteYang purple tu nampak cantik!!!! ":)
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"