Fakta Pelik Mengenai Minuman Coca Cola | MESTI BACA !!!
7/06/2015 11:31:00 am
Fakta Pelik Mengenai Minuman Coca Cola | MESTI BACA !!! | Fakta seperti yang tersenarai
dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk
menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak.
Anda juga boleh mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur
atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome :
Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang
serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan
tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke
dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana
ianya mahal!
Fakta
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan
lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda
amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki
itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu
dihakis.
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki
yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua
sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum
tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman
ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho,
Yeos, Milo, F&N dll.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Itu yang jadinya
perkataan Coca Cola tu.
Cuba rendamkan (serpihan gigi-gigi yang patah ke tapi kalau nak
rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti
gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam.
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama
cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency
jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas
anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta
yang menarik ini!
sumber: www.sportmusang.com
5 comments
ada terbaca juga beberapa fakta pelik mengenai coke, sejak dari tu memang jarang nak minum coke...
ReplyDeleteHAI BLOGGER :) . JEMPUTLAH SINGGAH KE LAMAN KAMI .. MESIN FOTOSTAT SEMUA MURAH DAN BEKUALITI.. ANDA NAK MURAH, KAMI BAGI MURAH !!!
ReplyDeletehttp://mesinphotostatmurah.blogspot.com/
yang ni paling sedap bila datang bulan hehehe
ReplyDeleteMemang sah dan BETUL ! Terima kasih.
ReplyDeletehuishh.. makin takut pulak laaa baca ni.. dah laa hari raya nanti jgn ada yg hidang coke.. hahaha.. bawak siap2 air masak dari rumah
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"