Majlis Berbuka Puasa Di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong Selangor | Bersama MAHSURI | Alhamdulillah, Abe, Isteri & Ean Rifqee sempat jugak meluangkan masa untuk Majlis Iftar di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong Selangor. Sesekali dapat merasa suasana & kemeriahan bernuka puasa beramai-ramai. Yang paling menariknya, kami dapat berkongsi rasa kesayuan berbuka bersama anak-anak yatim. Keinsafan timbul di situ, rasa kerdilnya diri ni.
Selain Abe sekeluarga, turut sama di majlis ini ialah beberapa Blogger lain. Antaranya Blogger Dkna, Blogger Kaklinda, Blogger Kakdilla & Blogger YayaCendana.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, lapan pemenang Minggu Ketiga dan Keempat
pertandingan Masak dan Menang anjuran Mahsuri menyertai majlis berbuka puasa di
Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di
Petaling Jaya.
Penghuni rumah terbabit dijamu dengan juadah berbuka yang dimasak menggunakan sos Mahsuri. Kanak-kanak terbabit turut dihiburkan dengan persembahan badut selain menyertai permainan seperti Musical Chair, Ballon Pop dan Mencari Harta Karun Mahsuri di mana pemenang turut menerima hadiah dan hamper.

“Ketawa kanak-kanak itu bagaikan irama di telinga kita. Kita amat bersyukur kerana selama ini banyak yang kita abaikan dalam kehidupan harian. Menghabiskan masa kualiti bersama mereka dan berkongsi pengalaman buka puasa amat bermakna kepada kami dan kanak-kanak terbabit.
“Sebagai
jenama pilihan Melayu yang menghargai ajaran Islam, kami sentiasa berusaha
untuk berbakti kepada masyarakat terutama sempena bulan Ramadan ini,” kata
Pengarah Pemasaran Mahsuri, Carmen Liew.
“Ia adalah pengalaman terbaik kepada kami untuk mengingatkan kegembiraan dan apa yang kita ada bukan hanya dalam bentuk material. Lihat saja kegembiraan mereka dengan semua permainan dan persembahan badut. Saya rasa mereka amat menghargai kehadiran kami dan melalui kegembiraan ini bersama kami. Bagi saya membuatkan kanak-kanak ini gembira adalah 'hadiah' paling besar daripada apa yang diterima dalam pertandingan ini,” kata pemenang pertandingan minggu keempat, Nurul Iyliawani Binti Shahrul Amam

Sejumlah
24 pemenang yang meraih RM500 hasil ciptaan resepi Buka Puasa mereka
menggunakan produk Mahsuri akan melawat empat rumah kebajikan bersama
kakitangan Mahsuri sepanjang tempoh pertandingan.
Antaranya
adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (20 Jun), Rumah Kebajikan Baitul Hidayah
(27 Jun), Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (4 Julai) dan Rumah Nur Sakinah (11
Julai).
Pertandingan
Masak dan Menang bermula 28 Mei hingga 8 Julai 2015 ini mengundang orang ramai berkongsi
hidangan Buka Puasa ciptaan mereka sendiri yang menggunakan produk Mahsuri
menerusi halaman Facebook MyMahsuri dengan hashtag #MyMahsuri #Manis /
#Pedas / #Tiram / #Ayam.
Sumbangan dan Pertanyaan
Sumbangan ikhlas anda boleh dilakukan melalui :
Akaun Maybank : 562 777 209 784 atas nama
PUSAT JAGAAN BAITUL HIDAYAH
S444 Lorong 9, Kampung Baru Sri Puchong,
Batu 13, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Hubungi mereka di talian:
Pejabat / Fax : 03 - 8060 0023
Puan Saadiah : 013 - 703 4658
Puan Nora : 013 - 600 2587
atau E - mailkan ke :
pjbaitulhidayah@gmail.com
pkalhidayahselangor@yahoo.com
Untuk
maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook/MyMahsuri
Untuk
pertanyaan media, sila hubungi:
Public
Relations – EverQuest PR
Jay Mee Chuah
Pengarah Pemasaran
Tel: +6012-2012088 / 03-78879559
Email: jaymee@everquest.com.my
Pemenang Minggu Pertama:
- Hidayat
Bin Masduki
- Dayang
Bt Darus
- Mohd
Rafiq Bin Ismail
- Nurul
Baizura Binti Basrudin
Pemenang Minggu Kedua:
- Mas
Aini Bte Mahat
- Siti
Noorfarawahidatun Binti Lela
- Muhammad
Naim Bin Ahmad Safian
- Zurayah
Binti Abd Razak
Pemenang Minggu Ketiga:
- Hairiati
Binti Zakaria
- Noriah
Bt Abdullah
- Norizakartina
Binti Habas
- Sharon
Kho
Pemenang Minggu Keempat:
- Rosinah
Japar
- Che
Azyumi Binti Aziz
- Norhajijjah
bt Habas
- Nurul
Iyliawani Binti Shahrul Amam
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"