Tanda-Tanda Kedai Makan Disihir | WAJIB BACA !!!
7/04/2016 05:52:00 amTanda-tanda Kedai Makan disihir
Nampak kedai tutup.
Pelanggan mengadu tidak nampak kedai makannya dibuka. Apabila diajukan kepada tuan punya kedai mengapa kedainya ditutup, tuan punya kedai kehairanan kerana kedainya pada waktu yang dinyatakan itu sentiasa dibuka. Ada kalanya pelanggan nampak kedai tetapi kerusi diletakkan di atas meja. Malah ada juga yang nampak tiada kerusi dan meja di dalam kedai makan tersebut.
Pelanggan tiada keinginan untuk masuk ke dalam kedai.
Pelanggan seolah-olah tiada keinginan untuk masuk ke dalam kedai. Walaupun ada pelanggan yang berhenti di depan kedai tetapi berpatah semula ke arah lain. Ada juga pelanggan yang sudah turun daripada kenderaan tetapi masuk semula ke dalam kenderaan dan berlalu pergi. Sayu hati tuan kedai makan melihat situasi ini.
Sering sakit.
Pengusaha kedai makan sering sakit dan menyampah untuk datang ke kedai. Badan terasa panas dan rimas apabila berada di dalam kedai sebaliknya rasa selesa apabila keluar dari kedai. Ada juga badan terasa gata-gatal hingga menyukarkan pekerjaan.
Sering bergaduh.
Pengusaha kedai makan dalam keadaan mood tertekan dan sering marah-marah atas sebab-sebab yang kecil. Selain itu pekerja juga selalu bergaduh sesama mereka. Akibatnya ada pekerja yang berhenti dan mencari kerja di kedai lain.
Juadah cepat basi.
Ada juga kes yang pelik iaitu makanan yang disediakan seperti nasi yang di masak cepat basi. Walhal, makanan tersebut baru beberapa jam dimasak dan terpaksa dibuang. Ini akan merugikan tuan punya kedai makan.
Nampak kelibat menakutkan.
Kemuncak gangguan ini ialah pengusaha kedai makan atau pekerjanya sering terlihat kelibat makhluk yang menakutkan. Akibatnya ada pekerja yang takut untuk berada lama di dalam kedai.
Sering mengantuk.
Apa bila memasuki kedai maka pengusaha kedai akan jadi mengantuk dan akan malas sangat bekerja, baik kedai makan atau pon lain lain kedai.
Jika berlaku keadaan seperti ini maka hubungilah perawat atau orang orang yang berkebolehan dalam hal berkaitan kes ini
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"