Telekung Project SAVE BABY DANISH | Kumpul Dana Membantu Bayi Menghidap Jantung Berlubang
7/14/2016 07:23:00 pmASSALAMUALAIKUM WBT,
Salam Lebaran, Maaf Zahir dan Batin.
Alhamdulillah, dalam kita menyambut aidilfitri ada insan dikalangan kita diuji dengan ujian-ujian yang fitrahnya meruntun jiwa. Bersyukur kerana ujian ini sudi dikongsikan dengan keluarga Telekung Project untuk sama-sama kita membantu keluarga ini. Semoga fundraise ini dipermudahkan agar dapat bantu baby Danish seperti baby-baby sebelum ini.
Baby Danish (Muhammad Danish Furqan bin Shakawi) berusia 3 bulan (ketika posting ini) berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan pembedahan segera. Beliau menghidap jantung berlubang dan 3 salurannya tersumbat dan kini sedang dirawat di PICU Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Pembedahan segera memerlukan kos sebanyak lebih kurang RM 50k dan akan menjalani pembedahan di Gleneagles Penang Medical Center.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kerana ketua keluarga ini hanyalah bekerja sebagai operator pengeluaran di Mergong Kedah dan ibunya hanya surirumah sepenuh masa. InshaAllah, Telekung Project sedang mengusahakan kempen 48 HOURS URGENT CALLING: SAVEBABYDANISH, UTK MENGUMPULKAN DANA SEBANYAK RM 50K untuk membantu baby Danish. Segala kos rawatan dari dana yang dikumpulkan melalui Telekung Project akan dibayar terus kepada pihak hospital yang akan menjalankan prosedur pembedahan tersebut. Pihak keluarga baby danish juga telah dimaklumkan mengenai prosedur bayaran ini dan keizinan dari ibubapa baby Daish telah diberikan kepada pihak Telekung Project untuk menjalankan kempen public fundraise untuk mengumpulkan kos pembedahan sebanyak RM 50k
Kepada yang sudi untuk membantu seikhlas hati (tiada nilai ditetapkan), boleh melalui saluran berikut:
CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan SAVE BABY DANISH
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/+60197357151
PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.
https://fs30.formsite.com/telekungproject/PRAYFORBABYDANISH/index.html
URGENT CALLING INI AKAN DIBUKA SELAMA 48 JAM SAHAJA BERMULA 13 JULAI 2016 (11.15 MALAM) SEHINGGA 15 JULAI 2016 (11.15 MALAM) UTK SEGERA MENGUMPULKAN DANA SEBANYAK RM 50K UTK KOS PEMBEDAHAN JANTUNG BABY DANISH YANG BERUSIA 3 BULAN. NAMUN JIKA DANA TELAH PUN CUKUP SEBELUM 48 JAM, KEMPEN AKAN SEGERA DITUTUP. OLEH YANG DEMIKIAN ADMIN PERLUKAN BANTUAN SAHABAT SEMUA UNTUK;
1. SHARE POSTING INI SEBANYAK MUNGKIN di FB, INSTAGRAM, WHATSAPP (sebab FB ads ni strict, kalau poster tu wording banyak dia tak nak boost, dan boost diperlukan utk kempen-kempen yang urgent, sebab baby danish sangat-sangat perlukan bantuan sahabat semua. takde kos diperlukan jika bantu admin share post ini, TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT YANG MEMBANTU)
2. DOA DOA DOA DOA DOA UNTUK BABY DANISH AGAR KEMBALI SEMBUH DAN TUMBUH MEMBESAR MENJADI INSAN SOLEH DAN MUSLEH.
3. YES, OF COUSE.... tujuan kempen ini utk kumpulkan dana.... hopefully berjaya dikumpulkan segera dan segera boleh baby danish menjalani pembedahan. Hari ini ujian untuk mereka, semoga Allah mudahkan segala cabaran ini.
Terima kasih kepada semua yang sudi bersama-sama membaca dan membantu baby danish ini.
Semoga amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan ini diterima Allah, Amin. JOM SEBARKAN, admin perlukan ihsan sahabat semua utk kongsikan KEBAIKAN ini.....
Salam Ukhwah,
Azila Aziz
13 JULY 2016
8 SYAWAL 1437H
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"