BAGAIMANA NAK TUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH
1. Pendaftaran bermula Isnin 8/8/16 8:15am kat semua
pejabat/cawangan KWSP.
2. Hanya kena bawak IC. Lain dokumen tidak
diperlukan.
3. Tuan badan kena hadir sendiri, pasal ada akad dan
turun cap jari.
4. Proses pengeluaran Simpanan Shariah still sama
macam Simpanan Konvensional dulu.
5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16, tarikh
kuatkuasa Simpanan Shariah hanya akan bermula pada 1/1/17 (tahun depan).
6. Hanya RM100 billion dana diperuntukkan untuk
Simpanan Shariah tahun 2017. Pasal tu kena cepat daftar. Kalau dah habis kuota
RM100 billion nie, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun 2018 pulak.
7. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015) dan Jawatankuasa
Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk
melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju
untuk bertukar ke Simpanan Shariah.
Maknanya, 100% duit KWSP yang ada sekarang dalam
akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun,
kalau masih ada yang nak buat "penyucian" dividen, boleh ikut garis
panduan penyucian dividen yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat
Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada WorkWeek 32.
Untuk maklumat lanjut, boleh gi
http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html
terima kasih atas info....
ReplyDeleteThanks for this good information...
ReplyDelete