Wednesday, 3 August 2016

KISAH NYATA KISAH BENAR | Cerita Sedih Yang Boleh Buat Orang Menangis

Berlinang Air mata baca cerita ni!

Jgn menangis baca cerita ni...

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yg bertugas di kaunter
Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dn isterinya turut tersenarai dlm senarai jemaah yg akan menunaikan ibadah fardhu haji pd tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yg masih tak cukup tiga ribu ringgit lg tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lg.

“Insya Allah encik. Sy akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. “Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dt keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. Insya Allah, dua bulan lg kita akan ke sana. Tak sabar betul sy, rasa mcm Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dgn wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dgn Minah tak dpt pergi. Namanya tidak ada dlm senarai.”

“Betullah Pah oii…… sy ni baru je balik dr Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu
depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dlm seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

“Alah Pah, kita mintalah tolong dgn Muaz dn Balkis. Takkanlah mrk tak nak beri. Bukannya byk cuma dua ribu seorg sj.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak2nya yg dua org itu tidak akan menghampakan harapannya. “Lusa hari minggu, sy nak suruh budak2 tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.

“Kalau tak cukup bahagian sy tu, awak ajelah yg pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak2 bang, lg pun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak.”

Mak Pah tidak bersetuju dgn rancangan Pak Uwei.

“Pah…. Muaz dn Balkis tu kan anak2 kita. Kita dah besarkan mrk, hantar belajar tinggi2 takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lg pun selama ni kita tak pernah minta duit mrk. Tak usahlah awak bimbang Pah, sy yakin anak2 kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yg menggunung di gantungkan kpd anaknya.

“Tp bang………..”

“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Sy nak telefon budak2 tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yg dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mrk balik tanpa memberitahu hajatnya.

“Insya Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.

“Ikut suka kaulah, bg Abah yg pentingnya kau dn Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak2nya, tp hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dgn Intan.

Sikap degil dn tak mahu mendgr kata anaknya itu menyebbkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dn Balkis yg berjaya memiliki ijazah.

Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara2 sikap keras kepala Intan utk bekerja kilang, mrk bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mrk seperti org asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lg.” Pak Uwei tidak bersetuju dgn niat Intan yg hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lg abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yg rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dr mak bapa, bolehlah buat apa yg kau suka kan. Kau nak bebas mcm tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yg buruk aje. Bukan semua yg kerja kilang duk kat KL tu jahat, Abah. Kerja apa dn kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dlm rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorg ni lain benar dr abang dn kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap mcm kau ni!”

“Intan memang tak sama dgn Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan2, bukan membebel kat belakang,”balas Intan selamba menyemarakkan bara dlm dada Abahnya.

“Anak tak mendgr kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.” “Kau buat apa yg kau suka, aku tak nak ambil tahu lg!”

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yg Intan nak buat.

Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tp hanya kpd maknya shj.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak2nya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dgn cucu2nya.

Malam itu, selesai menikmati makan malam dn berjemaah sembahyang Isyak, mrk duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau org balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yg duduk di sebelahnya.

“Abah dn Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dlm senarai.

Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lg, abah nak minta kau dn Balkis bantu sikit. Tak byk dua ribu seorg cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah, tp kena tunggu sebulan dua lg. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah.

Sebulan dua lg bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.

“Tp…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran di buat segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Kalau dlm seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak2 ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.

“Kau beli rumah lg, rumah yg ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sbb budak2 tu pun dah besar, masing2 nak bilik sendiri. Lg pun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pd Balkis. “Kamu mcm mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pd Balkis.

“Kis pun rasanya tak dpt nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man.
Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lg nak bersalin nak pakai duit lg.”

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendgr jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tp yelah, kata org kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dgn kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz.

Kata2 Azman dn Muaz bagaikan sembilu yg menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dgn Intan, Pak Uwei terasa bagai di tertawakan oleh Intan bila kedua anak yg di harap2kan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau org tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorg dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama sy pergi Pah.
Tak payah sy tunggu lama2. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama2 tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat mcm mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak2nya dgn rasa kesal.

Intan tahu Abahnya benar2 kecewa. Walaupun org tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tp Intan faham kecewa Abahnya teramat sgt krn tidak menduga anak2 yg selama ini di sanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pd Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dgn abang dn kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya.
Bukan sekali dua dia menegur sika
p Pak Uwei yg gemar membeza-bezakan anak.

Pg Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi2 dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi byk tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.”

Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yg keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dr bandar tengah hari itu, mak dn abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lg Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak2, cuma anak2 aje yg lupakan mak bapa,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendptkan mak dn abahnya yg sedang duduk di ruang tamu.

Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mrk.

Pak Uwei menurunkan suratkhabar yg di pegangnya, kemudian menanggalkan cermin mata yg di gunakan utk membaca. “Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan.

Tawa Intan meledak tiba2 mendgr soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yg hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….” “Habis tu?” “Ini….. kad Tabung Haji Mak. Td Intan ambil dlm laci tu. Yg ini resit memasukkan duit ke akaun Mak.

Semuanya Intan dah uruskan. Dn ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dn Abah.
Yg dua ratus lg ni utk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dn duit di tangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yg halal Abah, terimalah. Selama ini Intan byk kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dpt membahagiakan hati Abah.

Selama ini pun Intan selalu sgt rasa kalah pd Abang Az dn Kak Balkis. Intan tak cantik dn baik mcm Kak Balkis, apatah lg bijak saperti mrk. Intan tahu Abah selalu kecewa dgn Intan. Hanya kali ini Intan dpt tunaikan hasrat Abah.” “Dah byk kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji.

Dulu krn Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Skrg ni masa yg sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yg sudah berkedut di mamah usia.

“Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dgn Balkis dn Muaz yg memegang jawatan tinggi, tp akhirnya anak Abah yg kerja kilang yg membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yg selama ini di musuhinya.

“Sudahlah Abah. Yg lepas itu tak usahlah kita ungkit2 lg. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”
“Pemberian kau ni terlalu bernilai bg Abah dn Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei.

Intan peluk abahnya erat.

“Hah……tulah, jgn suka memperkecil-kecilkan anak sy ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yg tersengih. Masa yg di tunggu2 tiba dlm keriuhan sanak saudara yg dtg menziarahi Pak Uwei dn Mak Pah.

Intan memerhati dgn perasaan gembira bercampur hiba. “Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa2 yg Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak jgnlah fikir soal apa yg nak dibeli Mak. Yg penting Mak dpt menunaikan ibadah dgn sempurna.”

“Hah! Awak dgr tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yg turut mendgr perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dn Abah belikan satu apa pun dr sana. Hanya satu yg Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dn akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya.

Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba2 sebak dgn permintaan Intan itu. Hanya dua jam lg kapal terbang akan mendarat di tanah air.

Pak Uwei mengerling Mak Pah yg lena di sebelahnya. Dlm keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pd anak2 terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya.

Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tp bagai memberitahu yg dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.
“Entahlah Pah, sy teringat sgt dgn Intan dn anak2 kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dr jauh lg Pak Uwei sudah melihat Muaz dn Azman menanti mrk.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dlm pelukan dn kemudian abahnya tanpa dpt menahan air mata menitis laju.

“Mana yg lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mrk menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak dtg juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mrk menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dr mulut suaminya. Perjlnan tiga jam dr KLIA utk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yg melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yg tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dgr cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pd Muaz dn Azman.

Muaz mengerling Azman yg sedang memandu. “Tentulah Abah ingatkan Intan, sbb Intan yg bg dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tp Abah rasa mcm ada yg tak kena aje Az, dlm mimpi Abah tu, Abah nampak Intan mcm nak beritahu dia nak pergi jauh. Tp dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa2 dgn kau Az?”

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei.

Azman dn Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dr kereta, Balkis meluru memeluk mrk dgn tangisan.

Suara Pak Long Basri yg bertakbir menambah sayu. Semua yg ada menitiskan air mata.

“Mak dgn Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dgn ibubapa mertuanya.

“Sihat, cuma batuk2 aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorg pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pd bekas baju yg terletak di sebelah katil yg bercadar kain batik lepas.

Dadanya bergetar. “Az….mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dgn suara yg menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pd tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az……. kenapa?”

Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dr pangkuan dn melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yg terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pd kita. Intan pergi pun dlm keadaan tenang. Barangkali krn hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yg masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat utk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa2nya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dn berpesan supaya kita jgn sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,”

Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yg tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yg mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah.
Mak dan Abah nak balik.

Masa sampai tu dia sihat lg, tiba2 malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tp katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak... tiga hari lepas.
Dia pergi dln keadaan yg cukup tenang mak,” cerita Muaz.

Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mrk sebelum melepaskan pemergian mrk. Dn ketika itu bagai terdgr-dgr suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dn Abah belikan satu apa pun dr sana. Hanya satu yg Intan mahu, Mak d Abah doakan Intan bahagia di dunia dn akhirat…..

Semoga kita mendapat iktibar.

In Syaa Allah...😭😭😭😭😭

2 comments:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"