Sahabat Que 'Silent Readers'

Budak Asrama Sekarang VS Budak Asrama Dahulu

9/06/2016 04:34:00 pm



Budak asrama sekarang sudah tidak macam budak asrama zaman kita dulu.

Zaman kita, boleh kira berapa kali ibubapa datang melawat dalam setahun.

Zaman sekarang, tiap-tiap minggu ibu bapa kena datang melawat. Kalau tidak datang, mulalah anak merajuk.

Zaman kita, basuh baju sendiri kat bilik basuh (basuh pakai tangan ya), lepas kering , seterika sendiri...

Dobi hanya untuk tuala, cadar, selimut atau seluar tebal.

Zaman sekarang, bilik basuh ada mesin basuh. Tidak perlu tenyeh2 atau sental pakai sabun buku FAB warna biru.

Zaman sekarang, untung sebab ada ibu datang bawa kain kotor balik dan tukar pulak dengan baju bersih dan disiap seterika untuk stok seminggu.

Zaman kita, ayah bagi money order yang dipos ke sekolah. Jumlah dalam lingkungan RM20 (itu saya la).

Zaman sekarang, RM20-30 memang tidak cukup. Silap-silap itu untuk belanja 2-3 hari sahaja.

Zaman kita, makan apa yang Dewan Makan sediakan. Sedap makan n sampai penuh tray besi. Tak sedap, makan sikit.

Siapa tidak kenal ikan jeket?
Ikan termenung?

Zaman kita asrama dulu, ramai yang ternanti hari Jumaat. Sebab hari Jumaat menu lain sikit. Kadang2 nasi ayam. Kadang-kadang nasi minyak dengan ayam merah.

Jumaat memang hari berlumba2 balik dan terus ke Dewan Makan.
Kelakar.

Ramai tidak suka kalau dewan makan hidangkan lauk sadin waktu makan malam. Tapi pada yang lapar, tak kisah pun. Sadin pun sadin la. Walaupun nanti tangan bau hanyir ikan sadin.

Zaman sekarang, tiada menu sadin di dewan makan. Mungkin sebab mahal kot.

Supper atau minum malam (lepas prep) hanya dihidangkan biskut kering dgn teh -o. Itu pun rasa syukur dan siap tapau biskut bawak balik asrama kalau ada lebih.

Zaman sekarang , supper makan mi goreng, bihun goreng dan paling ringkas roti krim(pun sedap jugak).

Sarapan pagi yang saya suka roti dengan jem nenas dan kaya dalam tin. Luar tin ada tulis "hak kerajaan Malaysia". Itulah jem nenas yang paling sedap dalam dunia.

Telur separuh masak pun ada tapi saya tak makan.

Saya mengimbas kenangan ini sebab saya ada dalam WhatsApp group ibubapa sekolah anak2 saya. Walaupun hanya sebagai silent reader tapi setiap yang ditulis saya baca.

Segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan makanan di asrama anak mereka. Ada saja komen ibubapa tentang menu.

Antara komen2 yang ada ialah lauk tak sedap. Kesian kat anak sebab makan Ikan jeket yang keras katanya. Selalu sangat menu ikan keli, ikan keli tidak bagus dan tidak elok dan macam- macam lagi.

(Dulu ikan keli tiada dalam menu jugak).

Pada saya mungkin ada ibu bapa yang tidak berpuas hati itu kerana mereka tidak pernah merasai kehidupan diasrama. Atau mereka dari golongan "senang" yang tidak perlu makan ikan murah seperti ikan jeket ini.

Mungkin juga mereka golongan professional seperti doctor, pakar nutrisi atau pakar perubatan yang tahu tentang khasiat tentang ikan dan makanan.

Sebagai ibu yang hanya sebagai seorang perancang kewangan, saya memang sentiasa merancang menu makanan dirumah.

Kadang-kadang ada juga saya tanya anak saya makan apa hari ini.
Memang saya risau sebab salah seorang anak saya memang "picky eater". Dan alhamdulillah dia masih survive dengan nasi kawah dan ikan jeket setakat ini.

Selalunya saya akan imbas kembali menu saya semasa zaman "tray besi" dulu. Memang ternyata berbeza malah lebih baik dari zaman kita yang pakai " tray besi" dulu.

Dan saya selalu pesan kat anak, syukurlah dapat makan, walaupun tidak sesedap makan dirumah.
Sebabnya kakak kena tahu kat luar sana ada yang nak makan ikan pun susah. Ada yang hanya merasai makan daging atau ayam hanya beberapa kali dalam setahun.
Syukurlah banyak2 nak.....

Si ibu2 pun kena bersyukur jugak....

kredit: penulis asal karya ini

You Might Also Like

5 comments

  1. Betul....saya pun duduk asrama dulu....

    ReplyDelete
  2. memang berbeza sungguh dengan zaman kita menjadi penghuni asrama dulu, tak pernah pulak zaman tu kami menjadi mangsa buli dan begitu juga kami tak pulak pernah membuli junior kami. sakat menyakat tu biasalah sebab kita dengan adik beradik kita pun kita sering menyakat dan di sakat. Namun itu juga menjadi sebab kita semakin mesra antara satu sama lain.
    Namun keadaan amat berubah semenjak dua menjak ni. Saya yang akan bersara dalam masa tiga tahun ni berasa bimbang keselamatan anak / cucu saya yang mendiami asrama sementelah kejadian buli membuli sampai mencederakan ke tahap yang tidak dapat diterima.

    ReplyDelete
  3. Bhai...kredit la sikit kepada penulisnya...ni kira menciplak tahap gaban nih...

    ReplyDelete
  4. Tiap kali datang jengok anak diasrama pasti isteri saya masak untuk kawan2 mereka juga.
    Kekawan anak2 saya siap pesan bawak lagi jika datang nanti.
    Tak kesah lah, biar mereka makan puas2.

    ReplyDelete
  5. Asrana utk budak miskin tahap pariah

    Knp org berada nak ambik kesempatan duduk asrama

    Sebab senang dapat loan mara !!!

    Org kaya ambik kesempatan nak kaya nak jimat

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad