RESPONS TERHADAP SENGATAN SEMUT CHARLIE
9/04/2016 07:05:00 amRESPONS TERHADAP SENGATAN SEMUT CHARLIE
Semut Charlie (lihat gambar) banyak terdapat di negara kita. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Rove's beetle.
Ia biasa hidup di tempat2 yang lembab tetapi apabila musim hujan/tengkujuh atau banjir ia mungkin akan pindah ke tempat2 lain yang lebih kering. Ia kelihatan seperti semut dan pada waktu malam, ia akan mencari tempat2 yang terang.
Berbeza dengan tanggapan umum, semut Charlie *TIDAK MENGGIGIT ATAU MENYENGAT*.
Sebaliknya, darah/bendalir badannya adalah sangat toksik. Toksin ini dinamakan pederin dan akan menyebabkan kesan keradangan pada kulit dan mata jika terkena.
Jika kita memijak atau menepuk semut ini, badannya akan hancur dan toksin dari darahnya akan terkena pada kulit kita. Ia juga boleh mati dengan kita menepuknya seperti membunuh nyamuk. Kanak2 juga mungkin akan tertarik pada semut ini kerana warnanya yang merah dan hitam seperti Manchester United. 😊
Penunggang motosikal boleh terkena toksin semut charlie apabila mereka menunggang motor dan terlanggar semut tersebut di muka ketika ia sedang terbang. Ia boleh menyebabkan kesan keradangan yg serius pada kulit dan anggota2 badan yg terkena toksin.
Tanda2 awal terkena toksin semut charlie ini adalah kemerahan pada kulit yang diiiringi dengan rasa panas seperti terbakar (burning sensation). Sakit akan menyusul diiringi kegatalan pada kulit. Kulit mungkin melepuh dalam tempoh 4 hari. Kesan ini boleh berpanjangan hingga 10 hari!
Toksin yg mencemari anggota badan seperti tangan boleh dipindahkan ke anggota badan lain dengan menyentuh anggota badan lain. Itulah sebabnya sekiranya anggota badan terkena toksin semut ini, kita mesti mencucinya dengan kadar segera supaya ia tidak merebak ke tempat lain serta meminimakan kesan toksin.
Apakah yg boleh anda lakukan apabila terjumpa semut ini? Pertama sekali, jangan sentuh semut tersebut.
Keduanya, jika semut tersebut hinggap pada badan kita, jangan membunuhnya dengan menepuk atau melenyekkan tubuhnya. Tiup saja ia hingga terbang atau alirkan air ke atas semut tersebut hingga ia terjatuh. Gelapkan lampu di tempat yang diketahui ada semut ini pada waktu malam. Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika tidur di tempat yg diketahui ada semut ini.
Jika sekiranya anda terkena toksin ini secara tidak sengaja, segeralah mencuci kulit yg terkena toksin dengan air yg banyak dan sabun. Toksinnya meresap agak lambat ke dalam kulit dan mencucinya pada kadar segera akan menyebabkan kebanyakan toksin boleh dinyahkan dari kulit.
Tidak ada antidote atau antitoksin khusus untuk toksin semut charlie ini. Jika anda terkena kesannya, cuci segera bahagian yg terkena. Sedikit ubat anti histamine seperti piriton atau benadryl mungkin membantu. Juga tuam tempat yg terkena itu dengan ais agar kesakitan dapat dilegakan dan keradangan dapat diminimakan. Menyapu kawasan kulit yg terkena keradangan dgn aloe vera juga boleh membantu.
Jika kesan keradangan pada kulit adalah serius, segeralah berjumpa dengan doktor.
Kami sedia membantu. 😊
Jangan risau, bisa semut ini adalah tidak berbahaya kepada nyawa manusia. Ia cuma menyebabkan keradangan pada kulit yg menyakitkan dan luka yang mungkin agak lambat utk sembuh.
Semoga bermanfaat.
*Dr Abdul Rahman Abdul Kadir*
*Pakar Kecemasan dan Trauma*
1 comments
charlie ni nama yang dibagi budak kesatria dan rotu ITM arau je...
ReplyDeletecharlie as in code for enemy to the us soldier in vietnam war.. (viet cong ~ VC, victor-charlie → charlie)
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"