Saturday, 29 October 2016

Iklan Deepavali Petronas 2016 | Pengajaran Berguna Untuk Rakyat Malaysia



Iklan Deepavali Petronas 2016 | Pengajaran Berguna Untuk Rakyat Malaysia | Kali pertama Abe tengok iklan ni di TV 2-3 hari lepas, terus Abe google di Youtube untuk ulang tengok sekali lagi. Iklan yang pada Abe antara yang terbaik. Penuh mesej tersurat dan tersirat. Pada Abe, rata-rata majoriti iklan Petronas semua Abe suka dan memang Abe nantikan. Iklan kali ni bertajuk I AM MUNIANDY, sarat dengan mesej supaya sesama kita JANGAN SESEKALI ADA BERPRASANGKA SESAMA KITA. Ini iklan yang memaparkan kisah REALITI di Malaysia. Apa yang berlaku dalam kehidupan seharian, penyakit hati manusia kini dan prasangka sesama manusia yang menebal dalam diri manusia....

Nah, Abe kongsikan dengan korang untuk korang juga tengok IKLAN yang hebat ni. Ambil pengajaran daripadanya, ubah sikap kita. Ambil positif, hormat menghormati.

I AM MUNIANDY




Pengajaran untuk kita semua tentang iklan Petronas kali ni:

1. Jangan Berprasangka
Tak elok kalau kita mengamalkan sikat mudah berprasangka buruk ni dalam diri kita. kalau korang nak tahu, kes sebenar yang segini pernah terjadi tau 2 tahun yg lepas. Tak pasal2 orang viralkan pasal dua mamat motor ni... Abe taknaklah citer panjang lebar sebab kes tu pun dah settle. Ok, kita tutup citer. Yang paliung penting, kita ambik [pengajaran daripadanya.

2. Jangan Mudah Menilai
Sikap rasmi ramai manusia, mudah menilah orang dengan hanya memandang rupa je. Tak betul tu, kita kena ubah pemikiran kita. Tak semestinya rupa xhensem, orang tu kita nak terus cop bukan orang baik. Kita kena memandang semua orang dengan samarata, barulah lengkap hidup kita, saling hormat menghormati... Betul tak?

3. Saling Peka & Saling Membantu
Kita kena ringan tulang untuk saling bantu menbantu. Kita petut contohi sikap Muniandy dan rakan nya sepertimana dalam iklan ni. Kadang-kadang, keikhlasan kita dalam membantu akan ada ganjarannnya nanti di masa akan datang.... Ganjaran daripadaNya... yang paling penting kita kena ikhlas...

SYABAS & TAHNIAH KEPADA PETRONAS ATAS PENGHASILAN IKLAN DEEPAVALI 2016 'I AM MUNIANDY' INI...
TAHNIAH...

4 comments:

  1. Setuju dengan semua point-point tu...kita ni suka menilai orang lain pada pandangan pertama..tapi hakikatnya? Hermm

    ReplyDelete
  2. samalah ss pn tonton 2 3 kali siap ajak ank tgk hehehe.. tp dia x sgka buruk cuma byk tnya nape nape nape arghhh nk jwb tu leceh

    ReplyDelete
  3. Video yang sgt deep. Pengajaran buat kita semua.. jgn mudah menilai dari luaran saja.

    ReplyDelete
  4. Suka ulang2 tgk video ni dgn anak...nak bg dia fhm situasi muniandy tu ada misi keikhlasan....hebat iklan ni..terpaut utk bersangka baik

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"