SILIBUS
KURIKULUM DI SEVEN SKIES INTERNATIONAL (SSI)
Abe ‘refresh’kan semula secara ringkas mengenai Seven Skies International (SSI). Seven Skies International (SSI) adalah projek yang dipelopori oleh Mercy Mission iaitu sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan. Tujuan murni utama mereka ialah untuk membantu ummah sejagat. Seven Skies International (SSI) menggunakan sukatan pelajaran Cambridge dan Kurikulum Antarabangsa sebagai asas untuk kajian Islam di Seven Skies International (SSI). Seven Skies International (SSI) juga menyediakan modul untuk pembangunan karakter dan pendidikan moral untuk pelajar secara umum. Kelebihan Seven Skies International (SSI) adalah dari segi kurikulumnya yang menggabungkan silibus Cambridge dan pengajian Islam yang intensif. Walaupun Seven Skies International (SSI) menggunakan silibus Cambridge, ia tidak mengenepikan pengajian Islam dalam pembelajaran. Dengan berteraskan prinsip “Allah in the heart, the world in the hands” SSI memastikan pelajar-pelajarnya berjaya dalam kedua-dua bidang akademik dan moral.
Assalamualaikum...
Tentu korang semua masih ingat lagi tentang Seven Skies International (SSI)
yang Abe pernah tulis bulan lepas? Ingat tak? Pasal sekolah antarabangsa tu,
yang Abe ada bawa Si Putera Abe, Tengku Ean Rifqee menjengah ke sana... Ingat
dah kan? Alhamdulillah... Ni Abe tempek pulak LINK apa yang Abe tulis untuk
korang jika korang nak ‘refresh’ semula... (KLIKSINI)
Kali
ni pulak, Abe nak menulis berkenaan dengan Kurikulum Pembelajaran (silibus)
yang diguna pakai di Seven Skies International (SSI) yang mana pada Abe, ianya
sangat menarik dan sangat ‘universal’.
Abe ‘refresh’kan semula secara ringkas mengenai Seven Skies International (SSI). Seven Skies International (SSI) adalah projek yang dipelopori oleh Mercy Mission iaitu sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan. Tujuan murni utama mereka ialah untuk membantu ummah sejagat. Seven Skies International (SSI) menggunakan sukatan pelajaran Cambridge dan Kurikulum Antarabangsa sebagai asas untuk kajian Islam di Seven Skies International (SSI). Seven Skies International (SSI) juga menyediakan modul untuk pembangunan karakter dan pendidikan moral untuk pelajar secara umum. Kelebihan Seven Skies International (SSI) adalah dari segi kurikulumnya yang menggabungkan silibus Cambridge dan pengajian Islam yang intensif. Walaupun Seven Skies International (SSI) menggunakan silibus Cambridge, ia tidak mengenepikan pengajian Islam dalam pembelajaran. Dengan berteraskan prinsip “Allah in the heart, the world in the hands” SSI memastikan pelajar-pelajarnya berjaya dalam kedua-dua bidang akademik dan moral.
Info
menarik untuk korang semua, Seven Skies International (SSI) menjadi pusat persiapan bagi ‘Cambridge
International Exam’. IGCSE (International General Certificate for
Secondary Education) yang merupakan peperiksaan bagi setiap pelajar di Grade 10
(sama taraf seperti Sijil Pelajaran Malaysia - SPM) untuk menempatkan diri setiap
pelajar Seven Skies International (SSI) ke Grade 11 iaitu A Level. Seven Skies
International (SSI) juga turut menyediakan silibus bagi pelajar yang ingin
mengambil A-Level di institusi mereka.
Seven
Skies International (SSI) mempersiapkan pelajar untuk IGCSE dari Grade 1 hingga
ke Grade 11. Fokus atau penekanan yang lebih kepada silibus ‘Cambridge’
diberikan seawal Grade 7 sebelum peperiksaan sebenar di jalankan di Grade 10 atau
Grade 11 demi memastikan setiap pelajar bersedia secara mental dan spiritual.
Apa
yang Abe perhatikan semasa Abe ke Seven Skies International (SSI) tempohari,
setiap pelajar di Seven Skies International (SSI) sangat berdisiplin, sangat
tertib dan yang paling membuatkan Abe teruja, semua pelajarnya di asuh dan di
bentuk dengan sifat terpuji mengikut Sunnah Rasulullah... Subhanallah...
Sepanjang
lawatan singkat Abe ke sana, Abe dapat lihat interaksi antara pelajar dan guru
mereka sangat luarbiasa. Mana taknya, Abe difahamkan pada setiap awal pagi, 15
minit diperuntukkan untuk sesi interaksi antara guru dengan pelajar. Mereka
akan berbincang tentang kerja rumah (homework), perbincangan tentang topik Islam
sejagat dan membaca doa bersama-sama.
Bab
ni Abe suka kerana pada pendekatan seumpama ini amat penting untuk memastikan
guru mengenali setiap pelajar, prestasi dalam pelajaran dan sekaligus akan
dapat ‘create trust and respect’ dalam diri semua orang. Kalau korang nak tahu,
di Seven Skies International (SSI), nisbah guru kepada pelajar ialah 1:18. Ini
berujuan untuk pembelajaran yang lebih kondusif.
Di
Seven Skies International (SSI) juga, makan tengahari disediakan untuk semua
pelajar bagi memastikan setiap pelajar mendapat nutrisi yang mencukupi untuk
perkembangan otak yang sihat.
Seven
Skies International (SSI) juga mempraktikkan peruntukan khas 10 waktu setiap
minggu untuk pengajian Al-Quran. Pelajar dididik sejak kecil untuk bukan sahaja
menghafaz Al-Quran malah memahaminya. Secara amnya, pelajar boleh menghafaz
keseluruhan Al-Quran dalam masa 6 – 8 tahun mengikut silibus yang ditetapkan
oleh SSI. Jika pelajar-pelajar ingin mengambil kelas tambahan dalam hafazan
Al-Quran, Seven Skies International (SSI) ada menyediakan kelas khas yang
dilaksanakan oleh Andalus Institute, sebuah institut di bawah naungan syarikat
induknya, Mercy Mission.
Kelas
tambahan oleh Andalus Institute dijalankan di Seven Skies International (SSI) sebanyak
3 kali seminggu untuk membantu pelajar-pelajar dalam hafazan dan pemahaman
Al-Quran. Andalus Institute adalah institut bagi Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab.
Ia bukan sahaja untuk pelajar tetapi terbuka untuk semua lapisan umur. Untuk
maklumat lanjut mengenai Andalus Institute, korang boleh klik pautan ini, http://andalus.mercymission.my/
Subhanallah,
sebagai seorang bapa kepada zuriat Abe, Abe amat teruja dengan semua silibus
kurikulum yang di praktikkan di Seven Skies International (SSI) ni, terutamanya
bila ada penekanan terus kepada Al-Quran.
Penerapan Islam penting untuk diterapkan dalan diri anak-anak sejak
mereka masih kecil. Dan Abe juga pasti yang korang semua juga bersependapat
dengan Abe. Setiap ibubapa mengimpikan untuk memberikan pendidikan dan sekolah
yang baik untuk anak-anak mereka.
Info
lain mengenai Seven Skies International (SSI), sila ke pautan yang Abe bagi kat
bawah ini:
Website:
http://www.sevenskies.edu.my/
Instagram:
https://www.instagram.com/sevenskieskl/