11 Tips Dapatkan Tambang Kapal Terbang Murah
12/16/2016 02:23:00 pm
1. Gunakan Kayak Explore
Tool yang sangat best untuk berangan. Layari di sini =>kayak.com/explore.
Mana tak berangannya bila tengok world map dengan possible tambang nak pegi sana.
Dan yang bestnya kita boleh main-main select nakgi time summer ke winter ke, bebile ke..
2. Naik kapal terbang yang berbeza
Jangan tengok satu airlines je. Survey macam-macam airlines yang ada offer route yang kita nak pegi tu. Misalnya pegi naik MAS, balik naik Air Asia. Survey, OK. Kadang2 naik kapal terbang yang berbeza ni lebih berbaloi.
3. Guna fungsi Multi-city
Satu lagi boleh guna fungsi multi-city dengan airlines yang sama. Contohnya kita pegi Australia turun di Sydney, dan balik dari Adelaide. Tapi multi-city ni kena guna function “Multi-city” yang dalam website masa booking tu tau… jangan beli asing2, mahal sesangat!
4. Book tiket sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal
Kalau nak tiket murah, mesti booking awal-awal. Seberapa awal? Sekurang-kurangnya 2 bulan atau 6 minggu sebelum tarikh nak terbang. Siap ada kajian yang dibuat pasal benda ni. Harga tiket yang dibeli sebelum tempoh 2 bulan terakhir tu biasanya lebih murah dari biasa.
5. Ambil connecting flight (transit)
Untuk perjalanan jauh, penerbangan terus biasanya lebih mahal dari transit. Misalnya tiket kelas ekonomi ke London kalau direct flight dengan British Airways, one way boleh dapat dalam RM2,200 paling murah (harga premium ekonomi dalam RM5,000), tapi kalau naik Vietnam Airlines transit di Ho Chi Minh boleh dapat dalam RM1,200 je. Kan ke jimat RM1,000 tu!
6. Survey harga di macam-macam website
Jangan reply pada satu website je. Tadi dah berangan dengan Kayak Explore, then mesti compare dengan site lain2 seperti Sky Scanner, Expedia, Travelocity, Orbitz,Airfarewatchdog, Cheaptickets, etc.
7. Survey juga di website airlines
Jangan lupa untuk buat comparison dengan website asal airlines pilihan kita tu. Kadang2 diorang ni buat offer eksklusif hanya di website dia je.
8. Daftar sebagai member/frequent flyers
Jangan terbang begitu saja tanpa daftar sebagai frequent flyers. Setiap miles adalah dikira tau. Setiap kali travel, kumpul points & nanti boleh redeem balik. Mana tahu dapat tiket free!
Kalau dapat silver/gold card contohnya Enrich ni, boleh check in di kaunter Business Class, priority baggage, & pemegang gold card boleh masuk MAS Golden Lounge walaupun kita naik ekonomi.
9. Guna kad kredit yang ada link dengan airlines atau yang boleh redeem airlines points
Bab nak guna kad kredit ni ada teknik dia. Kalau tak reti teknik dia ni, alamat boleh bangkrap. Tahu tak ramai rakyat Malaysia yang bangkrap sebab hutang kad kredit?
Kalau nak guna kad kredit, guna yang tie dengan airlines points, misalnya CIMB Enrich Gold, boleh dapat 2 kali Enrich points tiap kali buat pembelian.
Lepas tu, point-point mata ganjaran segala yang lelain tu convert ke Enrich point. Tak ke best tu. Travel free!
10. Terbang pada waktu tak masuk akal
Harga tiket pada waktu-waktu tak masuk akal, misalnya pagi sangat, tengah malam sangat biasanya lebih murah dari waktu-waktu lain. Kami pun selalu fly ambik flight jam 2-3 pagi… jam 5 pagi…
11. Follow Twitter & FaceBook
Kadang-kadang airlines ni suka announce sebarang offer kepada followers mereka di media sosial. Jadi sila follow lah ye Twitter, FB, IG, subscribe newsletter mereka tu.
Amacam? Berguna tak tips-tips ni? Kalau berguna kongsi-kongsikan dengan kawan-kawan… Mudah-mudahan boleh bantu mereka yang sedang cari pasal nak habiskan cuti!
sumber: GuaBlog.com
1 comments
wahh.. good sharing.. :)
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"