Datsun
merupakan sebuah jenama yang pernah menghilang dari pasaran automotif dunia
yang kini telah muncul kembali dengan nafas baru. Kemunculan semula jenama itu
diumumkan pada bulan Mac 2012 yang lalu. Selepas lebih setahun, model pertama
Datsun akan dipertontonkan kepada dunia dalam majlis yang akan diadakan di New
Delhi, India pada 15 Julai 2013.
Sebelum diperkenalkan secara rasmi, lakaran model
pertama Datsun kini sudah didedahkan oleh pengeluarnya, menunjukkan sebuah
model dengan rekaan hatchback kompak yang bakal dilancarkan mulai tahun 2014.
Model tersebut disasarkan untuk pasaran sedang membangun seperti India,
Indonesia dan Russia, dan diikuti oleh pasaran Afrika Selatan selepas itu.
p/s : Datsun sudah kembali dengan meletakkan sasaran
untuk menjual kereta pada harga lebih rendah berbanding jenama Nissan. Tetapi
jika Datsun masuk ke pasaran Malaysia, berapa pula harganya nanti?
Klu masuk kat malaysia kompom hrga ratusan ribu...klu jual RM30k sape lak nk beli kete kroni/proton hampeh...kualiti entah kemane,harge mahal cam ketul emas...yg meluat tu kat luar murah cam besi buruk je..ini celakanya klu UMNO/BN Masih kat PUTARJAYA😠😠😠😠😠ðŸ˜
ReplyDelete