Sahabat Que 'Silent Readers'

Minyak Daun Ubat TYT Dan Teknik Urutan Bayi

12/15/2016 04:01:00 pm

Minyak Daun Ubat TYT Dan Teknik Urutan Bayi

Assalamualaikum...

Sejak ada anak ne macam-macam yang CikMa ingin tahu dan belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai bayi ye la untuk kebaikan kita dan untuk anak juga..Salah satu benda baru yang CikMa dapat belajar ialah CikMa peroleh pengetahuan dan pengalaman tentang teknik-teknik urutan bayi dan kanak-kanak yang sebelum nie CikMa kurang ambil tahu dan kurang peka mengenai kebaikan daripada urutan bayi tersebut.. Alhamdulilah baru-baru nie CikMa berpeluang untuk mengikuti TYT Baby Massage Workshop bersama June Jun Choo..
Madam June ne adalah Timbalan Pengarah Urusan Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd. Madam June telah merantau ke Australia untuk mengkaji dan belajar urutan bayi daripada para profesional di International Association of Infant Massage (IAIM) dan beliau merupakan seorang ahli terapi urut bayi yang berkelayakan. Pada malam tersebut Madam June telah berkongsi beberapa teknik urut yang bermanfaat untuk bayi atau kanak-kanak kecil. Jom kita sama-sama belajar dan praktikkan ye mommy-mommy.

Urutan adalah sentuhan ajaib yang mampu membantu bayi membesar lebih cepat, memperkuatkan daya ketahanan untuk melawan penyakit dan menjadikan bayi lebih berkeyakinan, Membantu melegakan pernafasan, peredaran darah dan penghadaman. Menjadikan tidur bayi lebih nyenyak, Melegakan kesakitan, tekanan dan keresahan, Melegakan angin dan kolik,Membantu proses pemulihan dengan memudahkan penghadaman. Menjadikan bayi peka dengan sentuhan kasih sayang.

Minyak Daun Ubat TYT adalah pilihan terbaik untuk bayi anda bagi memulakan pengurutan bayi kerana mempunyai pelbagai manfaat berdasarkan ramuan herbanya. Minyak TYT nie mempunyai bau yang lembut dan harum, tidak berminyak dan diserap sepenuhnya ke dalam kulit oleh sebab itu ia tidak akan meninggalkan kesan berminyak pada pakaian selepas dibasuh. Minyak TYT sesuai di jadikan minyak urut kerana tidak meninggalkan rasa pedih atau panas.Minyak Daun Ubat TYT ne dirumus dengan teliti dan dihasilkan di kilang pembuatan TYT yang moden dan telah menerima pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga diperakui HALAL oleh JAKIM.

Antara ramuan yang terdapat dalam Minyak Daun Ubat TYT ne adalah berdasarkan herba-herba terpilih yang sememangnya mengandungi khasiat-khasiat dan cirinya yang tersendiri:
  • Daun Sembung -Membasmi kesejukan,melegakan kesakitan pada bahagian bawah perut dengan rasa yang dingin dan menghentikan pendarahan.
  • Dong Quai- Menambahkan khasiat pada darah,mendorong peredaran darah dan melegakan kesakitan
  • Chinese Arborvitae- Menenagkan rasa gelisah dan mengurangkan perpeluhan yang berlebihan.
  • Daun Sireh- Bersifat anti-Bakteria dan boleh merangsang dengan sifat anti-oksidan.
  • Serai- Memperbaiki peredaran darah,dengan ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat juga mengurangkan akne disamping penghalau nyamuk.
  • Halia Kering- Melegakan keradangan sendi yang menyakitkan.
  • Kulit Pokok Gaharu- Merangsang pengaliran Qi dan melegakan kesakitan.
  • Minyak Kelapa Sawit- Sumber semulajadi tocotrienol sebahagian daripada vitamin E,antioksidan dan fitonutrien.
Sebelum memulakan urutan kita perlu menggosok kedua-dua tapak tangan agar suhunya seperti suhu badan,kemudian letakkan tangan anda pada bayi dengan perlahan-lahan supaya bayi anda tidak terkejut.

Bayi anda mungkin akan berasa kurang selesa pada mulanya dan mungkin akan menolak pengurutan anda jika pertama kali melakukannya tetapi lama kelamaan bayi anda akan selesa dengan urutan anda.

Komunikasi antara ibu dan bayi amat penting untuk memberitahu bayi anda bahawa badannya akan di urut dan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara anda dan bayi anda.


Madam June memberi penerangan tentang Minyak TYT sebelum memulakan sesi pengurutan

  • Jom CikMa kongsikan beberapa teknik yang CikMa sempat pelajari bersama Madam June..
Water Wheel A..(Khusus untuk pengurutan perut untuk membantu menyingkirkan angin dan                                            melegakan sembelit.)

Letakkan kedua-dua tangan pada perut bayi dan dengan lembut tekan ke bawah dengan sedikit tekanan.Ini membantu menghilangkan angin di dalam perut bayi menerusi saluran usus.


Water Wheel B..

Satu tangan di letakkan pada perut bayi dan tekan ke bawah manakala tangan yang satu lagi angkat kedua-dua kaki bayi ke atas. Dengan mengangkat kaki bayi,biasannya angin boleh di singkirkan dengan lebih pantas. 





Thumbs to Sides..

Letakkan ibu jari tangan di bawah sangkar rusuk bayi dan di sekeliling pusat,kemudian dengan lembut tekan ke bahagian tepi.Ini boleh melepaskan "Qi" atau rasa kurang selesa dari bahagian tengah  perut bayi.


 

Walking..

Letakkan tiga jari pada bahagian kiri perut bayi dan gerakkannya ke arah kanan jika anda seorang yang cenderung guna tangan kanan, letakkan tiga jari pada bahagian kanan dan gerakkan ke bahagian kiri jika anda kidal. Teknik ini untuk mengesan kekerasan pada abdomen bayi untuk mengetahui sama ada bayi mengalami masalah sembelit.




Sun and Moon..

Urut pada bahagian bawah abdomen bayi dalam pergerakan arah jam menggunakan kedua-dua tangan.Letakkan kedua-dua tangan anda pada perut bayi dengan tangan kanan bergerak ke arah kanan dan tangan kiri bergerak ke arah kiri dengan membuat putaran lengkap. Urutan ini di lakukan mengikut arah jam kerana susunan struktur fizikal usus mengikut arah jam.Urutan ini jika di lakukan dengan mengenakan sedikit tekanan mampu membantu bayi membuang air besar.




I Love U..

Teknik urutan yang mewakili huruf 'I', 'L' dan 'U' berguna untuk bayi yang mengalami masalah sembelit kerana ia berasaskan fakta bahawa usus manusia melingkar mengikut arah jam.

Langkah pertama 'I'- Letakkan tapak tangan anda pada bahagian kanan abdomen bayi dan dengan lembut gerakkannya ke bawah sebanyak sekali.



Langkah kedua 'L'- Tapak tangan di letakkan pada perut bai dan gerakkan dengan lemnut melintang ke kanan dan menengak ke bawah, dalam pergerakan ke dalam dan keluar seakan-akan membentuk huruf 'L'.


Langkah ketiga 'U'- Lakukan seperti gerakkan huruf 'U' terbalik.




Selesai sudah beberapa teknik urutan yang sempat Madam June kongsikan bersama kami.Semoga ibu-ibu di luar  sana dapat praktikkan urutan ni di rumah ye.Sebelum mulakan urutan ne pastikan keadaan sekeliling selesa,lampu bilik tidak terlalu terang dan suhu bilik tidak terlalu sejuk ye ibu-ibu..

                                         Tertido terus EanRifqee selepas di urut..huhuhuhu



                                                                Minyak TYT 120ML

Terima kasih kepada Madam June Jun Choo, Rantau PR dan TYT Sdn Bhd kerana memberi peluang kepada CikMa dan rakan-rakan yang lain mempelajari ilmu yang berguna ne bersama minyak Daun Ubat TYT...






Untuk keterangan lanjut bleh layari www.tyt.com.my atau emel kepada info@tyt.com.my atau bleh juga hubungi di talian hotline 012-4982989.

You Might Also Like

1 comments

  1. minyak TYT ni mmg bagus..sy 3 org ank pkai mnyk ni..kalo selseme boh je kt baang idong..insya Allah cepat kering selseme

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad