Perbezaan Timing Belt Dan Timing Chain Kereta Yang Kita PERLU TAHU!
12/15/2016 04:59:00 pm
Adakah anda seorang pemilik kereta? Jika ya,
kita perlu tahu tentang penjagaan dan penyelenggaraan kereta secara berkala
agar kereta mampu bertahan lebih lama. Antaranya yang perlu diberi keutamaan
adalah penggantian timing belt atau chain jika sudah sampai masanya untuk
ditukar. Jika gagal ditukar mengikut tempoh yang ditetapkan, enjin akan
mengalami kerosakan teruk dan menyebabkan kos baik pulih memakan kos yang
tinggi. Ketahui apakah perbezaan timing belt dan timing chain.
Timing
Chain
Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi
nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km
atau lebih.
Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi
ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam)
ditukar mengikut jadual dan menjaga parasnya di dalam enjin, lebih lama jangka
hayat rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak
enjin yang betul.
Timing
Belt
Ia perlu ditukar setiap 90,000 km @ 100,000
km.
Kebiasaannya Timing Belt tidak memberikan
sebarang tanda @ hint bila ia akan putus. Tiba² saja ia boleh putus dgn
sendirinya. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut
berpunca dari timing belt, anda boleh jiruskan sedikit air pada timing belt
yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka
memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.
Apabila timing belt putus, ia akan
melibatkan kos yg sangat tinggi kerana komponen² dalam enjin banyak yg akan
rosak, patah dan retak.
Jadi pastikan anda tukar timing
belt tepat pada masanya.
Timing belt – 80,000km untuk
kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan
sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Ramai yg tak tahu,
bila sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai kereta jenis apa
pun!
# “Timing Belt” disarankan tukar setiap
60,000km atau 100,000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai. ATF (Automatic
Transmission Fluid) disarankan ataupun paling bagus tukar setiap 20,000km @
12bulan, TRANSMISI CVT (Continuously Variable Transmission) disarankan tukar
setiap 30,000km.
sumber: GuaBlog.com
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"