Alhamdulillah, 11-12 Februari lepas, Abe sekeluarga dapat bertandang untuk nikmati percutian di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang. Percutian Hari Keluarga KBBA9 yang dirancang dengan terutur dan cermat akhirnya terlaksana jugak pada tarikh tersebut. Sebanyak 17 keluarga tau join Hari Keluarga KBBA9 kali ni, meriah giler tak terkata. Aktiviti yang kitaorang plan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Kalau korang nak tahu, lokasi De Rhu Beach Resort ni terletak di Pantai Balok, Kuantan Pahang. Kalau korang daripada Bandar Kuantan, hanya lebih kurang 30minit je perjalanan korang driving ke sini. Tu anggaran kasar Abe je, sb Abe drive slow motion je, hehehehehehe. Kalau korang, mungkin korang akan drive lau sikit kowt daripada Abe, hehehehehe.
Lokasi Resort ni mudah je untuk korang semua cari, erti kata lain, WAZE je. Korang tekan nama De Rhu Beach Resort, terus terpampang lokasi esort ni kat HP korang. Kat sini, parking untuk korang letak kereta korang sangat luas, jadi korang tak perlu risau. Moh Abe cerita pasal resort ni, mesti korang tertunggu-tunggu nak dapatkan info, kan kan kan?
Kenapa Abe cakap yang korang boleh dan wajib bercuti di De Rhu Beach Resort Kuantan? Perkara utama ialah resort ini sangat cantik, luas dan yang paling penting, fasiliti yang ditawarkan di De Rhu Beach Resort ini adalah bertaraf TERBAIK. Kenapa Abe cakap macam tu, sebab Abe pasti korang boleh buat perbagai aktiviti kat sini tanpa perlu korang fikir tentang nak kena cari idea banyak. Keluasan resort ni tau perlu dipertikatkan, ianya bersambung terus dengan Pantai Balok yang sememangnya bersih dan cantik.
Kalau korang nak berjalan terus ke pantai daripada resort ni, korang akan menikmati kedinginan dan kesejukan angin pantai terus menusuk ke liang-liang roma korang. Korang dapat terus feel kesegaran udara kat sana. Info untuk korang jugak, kat resort ni terdapat 10 dewan pelbagai saiz yang mana ianya mampu menampung pelbagai jenis majlis dalam satu masa serentak. Antaranya seperti hari keluarga, hari keluarga syarikat, majlis perkahwinan, atau mesyuarat. Kat sini juga korang boleh buat dinner tau. Dinner keluarga atau Dinner Syarikat. Kalau korang nak tahu, di resort ni, ada 4 bilik karaoke. Besar-besar jugak biliknya, luas dan selesa. Bagi peminat karaoke macam Abe, sesuai sangatlah, hehehehehe.
Sebelah tepi resort ni mengjhadap pantai, terdapat padang yang luas dan ianya biasa digunakan untuk aktiviti sukaneka. Padang ni terletak bersebelahan kolam renang yang SUPERB SELESA. Korang scroll je entri Abe ni sampai habis, Abe ada tempek gambar2 sepertimana yang Abe dah cerita ni. Korang boleh lihat sendiri.
Macam kami, pada malam pertama menginap, kami terus ada Dinner bersama dengan Lembaga Zakat Selangor. Pegawai dariapda Lembaga Zakat untuk memberi penerangan ringkas dan soal jawab dengan pihak blogger berkaitan isu-isu di media sosial berkaitan urusan zakat.
Esok paginya, kami ada sesi SUKANEKA. Kalau korang nak tahu, sesi sukaneka ni bukan kami yang handle sendiri tau. Semuanya di handle oleh staf daripada pihak resort, harga sekali termasuk dlam pakej tau. Meriah giler...
Pakej Bajet di De Rhu Beach Resort:
1. Bilik yang murah dan selesa.
Mempunyai 162 bilik dengan 4 jenis bilik dengan harga sangat berpatutan dan mampu bayar. Ada wifi tau.
2. Dewan yang besar (10 dewan)
De Rhu Beach Resort juga menyediakan 10 jenis dewan dan bilik mensyuarat yang boleh di gunakan untuk pebagai aktiviti seperti hari keluarga,seminar,kursus,majlis kahwin dan macam-macam lagi.
3. Kawasan Riadah, Bilik Karaoke, Cafe, Riadah Luar Dengan ATV & Kolam Renang
Untuk aktiviti riadah pula terdapat gym untuk yang minat bersukan, bilik karaoke yang sangat selesa untuk menghabiskan masa bersama keluarga, ruangan santai dengan skrin besar juga di sediakan. Dewan banquet untuk majlis makan malam rasmi juga sangat selesa untuk di gunakan.
Kolam renang di sini juga terbuka untuk orang awam, kalau tak menginap di sini pun boleh datang mandi kolam dengan bayaran RM7.00 untuk kanak-kanak dan RM10.00 untuk dewasa.
4. Lokasi menarik berdekatan
Tarikan tempat-tempat menarik berdekatan resort ini juga menjadi sebab kenapa korang harus menginap di sini, Selain akiviti di resort anda boleh melawat tempat-tempat menarik di sekitarnya :
1. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
2. Pantai Cherating
3. Pusat Rekreasi Air Pantai Balok
4. Natural Batik Village
5. Pelbagai pilihan tempat makan dan jualan makanan tempatan di sepanjang jalan kuantan -kemaman
5. Pakej di De Rhu Beach Resort
De Rhu juga menawarkan pakej-pakej penginapan yang menarik lengkap dengan aktiviti serta makan minum korang semua. Klik SINI untuk pakej yang ditawarkan.
Nak repeat lagi... Seronok buat family day dekat De Rhu Beach Resort ni... best!
ReplyDeleteDe Rhu memang best! Bilik selesa, kolam besar dan makanan pun sedap².
ReplyDeleteSyok betoi mandi kolam kat De Rhu, mmg nak repeat lagi nanti
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteBoleh beri sebutharga untuk hari
keluarga berjumlah 200 orang.