Petaling Jaya Tangga Ke-5 Bandar Paling Selfie Di Dunia
2/02/2017 12:38:00 pm
Petaling Jaya menjadi bandar teratas dari Malaysia dengan kedudukan ke-5 dalam senarai “The Selfiest Cities in the World”
yang dikeluarkan oleh sebuah laman web.
Di kedudukan pertama bukanlah
dimiliki bandar dari benua Amerika ataupun Eropah tetapi milik kepada
bandar Makati dan Pasig, Filipina, manakala Georgetown berada di kedudukan ke-10.
10 bandar paling selfie di dunia berdasarkan senarai yang dikeluarkan ini:
1. Makati & Pasig, Filipina (258 selfie-takers per 100,000 people)
2. Manhattan, New York, Amerika Syarikat (202 selfie-takers per 100,000 people)
3. Miami, Florida, Amerika Syarikat (155 selfie-takers per 100,000 people)
4. Anaheim & Santa Ana, California, Amerika Syarikat (147 selfie-takers per 100,000 people)
5. Petaling Jaya, Malaysia (141 selfie-takers per 100,000 people) |
6. Tel Aviv, Israel (139 selfie-takers per 100,000 people)
7. Manchester, England (114 selfie-takers per 100,000 people)
8. Milan, Itali (108 selfie-takers per 100,000 people)
9. Cebu, Filipina (99 selfie-takers per 100,000 people)
10. Georgetown, Malaysia (95 selfie-takers per 100,000 people) |
TIME (time.com), laman web yang mengeluarkan senarai
bandar-bandar paling selfie di dunia ini menggunakan beberapa kaedah
tertentu dalam menentukan kedudukan setiap bandar dari seluruh dunia.
Keputusan yang dibuat mereka berdasarkan kepada gambar-gambar Instagram yang bertanda “selfie” (#selfie) dan disertakan koordinat geografi gambar
tersebut diambil. Beberapa bandar lain dari Malaysia turut tersenarai
dalam senarai tersebut. Rujuk keratan-keratan gambar di di bawah.
Ranking 50: Johor Bahru |
Ranking 134: Kota Kinabalu |
Ranking 142: Ipoh |
Ranking 147: Kuching |
Ranking 160: Kuantan |
Ranking 179: Kuala Terengganu |
Ranking 389: Kota Bharu |
Negara jiran, Singapura berada di ranking ke-53
|
Pihak TIME telah memuat turun gambar-gambar dari Instagram API sebanyak 2 kali iaitu pada 28.01.2014 – 02.02.2014 dan 03.03.2013 – 07.03.2014. Selama tempoh yang dinyatakan, 402,197 gambar
bertanda “selfie” yang mempunyai koordinat geografi. Jumlah itu hanya
pecahan kecil daripada keseluruhan selfie dalam tempoh tersebut
memandangkan kebanyakan gambar tidak disertakan dengan maklumat lokasi.
Dalam pada itu, bukan semua gambar yang ditandakan “selfie” adalah
selfie. Untuk mengetahui lebih lanjut kaedah yang digunakan, sila
ke TIME. Malaysia Boleh!
sumber: kongsakongsi.blogspot.com
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"