Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah rm2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.
Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancong memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy… Wow hebat tak terhingga.
Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepastu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income rm200 sehari paling minima (RM6,000 minima sebulan). Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.
Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak… tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa. Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.
Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu. KREDIT FB.
Wah hebat.. kerja pukul 6 sampai 10 jer. Habis bila masak nasi dan buat persediaan. Ramai peniaga nasi yg saya kenal sama sibuk jer dgn org kerja kerajaan
ReplyDeleteSapa kata peniaga kecil-kecilan tak boleh berjaya. Walaupun pada pandangan luaran mereka kelihatan tidak sehebat mereka yang makan gaji dan pakaian mereka pun ala kadar saja, tapi jika kita perhatikan betul-betul, poket mereka lebih 'kembung' berbanding mereka yang bekerja makan gaji. Setakat nak belanja kawan lama di White Caffee atau kopitiam tu mereka tak kedekut jika dibandingkan dengan pekerja swasta atau pekerja gomen. kalau anda berkawan dengan pekerja swasta atau gomen, anda mungkin akan menlalui suasana apa yang saya laluli. Untuk minggu pertama gaji anda boleh sembang-sembang dengan mereka di restoran berhawa dingin. Minggu kedua pula tempat me;epak bertukar di kedai mamak dan minggu terakhir anda mungkin boleh bersembang dengan mereka di warung atau gerai tepi jalan. Sebabnya,....
ReplyDeleteSiapa yg sombong dan riak sekarang ini!!!
ReplyDeleteini menunjukkan peniaga-peniaga kita ambik untung berlebihan,,, kalu macam tu pakat jual nasi lemaj , mi goreng ke tak payah mengaji tinggi
ReplyDeleteKisah yang sangat menginspirasikan :)
ReplyDelete