10 TIPS Hiasan Dalaman Rumah | [EKSKLUSIF] 15 Gambar Menarik | Abe nak kongsi gambar dan tips rekaan dalaman rumah yang eksklusif.
Ada perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika menghias rumah anda.
1. Buat pilihan sendiri
Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.
2. Elak mengecat dulu
Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.
3. Jangan pilih cat dari kertas contoh
Sebaliknya,
beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian
kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya
semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk
melihat keserasiannya dengan persekitaran.
4. Jangan pilih warna dalam kedai
Elak
beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi.
Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang.
Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di
bawah sinaran lampu pada waktu petang.
5. Jangan abaikan psikologi warna
Warna
mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang
yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona
terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti
ruang itu.
6. Elak dekorasi paksa
Jangan
paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan
perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir
berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna
dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.
7. Jangan abaikan titik fokal ruang.
Bukan semua bilik mempunyai titik
fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul,
dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu
dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.
8. Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding.
Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.
9. Elak bina sekatan.
Jangan
letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia
mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah
diakses.
10. Jangan beli kerana murah.
Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.
sumber
Hu3.semua Umah ongkaya...
ReplyDeletetok dang doh nok hias lawa2 gini,skit lagi humaira ngutip semua benda masuk kabinet atau letak tinggi dah huhuuu kena pikir keselamatan baby doh.
ReplyDeleteSuch a beautiful and classy rooms here that you describe here.
ReplyDelete