Sahabat Que 'Silent Readers'

Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (Apps JJCM) Dan Kempen #SeringgitSeribuKebaikan

4/22/2017 06:00:00 pm


21hb lepas Abe ada menghadiri majlis pelancaran aplikasi Jalan Jalan Cari Makan kat Jibby EastSunway Montana. Majlis berlangsung sekitar pukul 8 malam setelah pendaftaran daripada media, wartawan dan para blogger. Abe nak bagi info sikit kat korang, Apps JJCM ni actually dah lama boleh korang downlowd kat Google Play Store. Tapi pada hari ni, apps ni telah ditambahbaik dengan banyak fungsi baru dimana ianya lebih mesra pengguna.


Kalau korang nak tahu, Apps JJCM telah diilhamkan daripada rancangan Jalan Jalan Cari Makan membolehkan korang semua mudah untuk mendapatkan info menarik kedai-kedai yang pernah dikunjungi oleh krew produksi Jalan Jalan Cari Makan.

FUNGSI TERBARU APLIKASI JALAN JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Menurut Li Ee Kee, fungsi terbaru pada aplikasi membolehkan pengguna mendapatkan diskaun harga dan tawaran hebat daripada restoran dari seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna boleh mendapatkan potongan dan diskaun harga sehingga 70% menerusi paparan 'Offpeak Deals' yang sentiasa dikemaskini setiap hari.

TEMPAHAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

Fungsi lain yang diperkenalkan melalui aplikasi Jalan Jalan Cari Makan itu juga ialah pengguna boleh membuat tempahan restoran secara dalam talian tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran. 


Dengan beberapa langkah mudah, pengguna boleh membuat tempahan dengan memasukkan nombor telefon bimbit, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung. Lagi menarik pengguna tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan sekiranya membuat tempahan melalui aplikasi tersebut.

KEMPEN #SERINGGITSERIBUKEBAIKAN


Disamping itu, Media Prima Digital turut melancarkan tabung derma untuk kempen #SeringgitSeribuKebaikan. Kempen #SeringgitSeribuKebaikan bertujuan bagi mengumpul dana dan berkongsi rezeki bersama rumah kebajikan terpilih Ramadhan ini. Wang kutipan yang terkumpul akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sekitar Johor dan Terengganu. Difahamkan untuk kali ini, Johor & Terengganu yang telah dipilih dahulu. Kenapa Johor dan Terengganu? Ia pilihan secara rawak dan Media Prima Digital mengkhususkan dua negeri sahaja supaya kutipan yang dikumpulkan dapat digunakan sebaiknya oleh 4 rumah kebajikan tersebut. 


KOLABORASI DENGAN CJ WOW SHOP

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui aplikasi CJ WOW SHOP, klik pada tautan #SeringgitSatuKebaikan dan pilih nilai sumbangan yang nak korang salurkan antara RM1, RM5 dan RM10. Sumbangan boleh dibuat melalui bank yang telah terpilih. Jadi jika korang ada RM1 sahaja, itu pun sudah cukup untuk menggembirakan dan mengenyangkan mereka yang tidak berkemampuan.


MUAT TURUN APLIKASI JALAN JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Abe syorkan korang cepat-cepat muat turun aplikasi Jalan Jalan Cari Makan SEKARANG dan cepat-cepat menderma. Sumbangan ikhlas korang amat berharga.

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad