Tahun Melawat
Pahang kebetulannya jatuh pada tahun ni, 2017. Kerajaan Negeri Pahang sekarang
ni kian galak mempromosikan Tahun Melawat Pahang 2017. Abe pulak yang terlebih
teruja. Mana taknya, keluarga Abe kan menetap di Kuantan. Hahahaha,
walaupun Abe bukan Anak Jati Pahang, tapi Abe tetap teruja. Patutlah balik
rumah mak haritu, penuh je kereta, berderetan sana sini. Meriah!!!
Abe nak story sikit pasal tempat-tempat yang Abe rasakan menarik
kat Pahang ni. Pahang ni terkenal sebab ada banyak tempat pelancongan. Pulau
Tioman, Taman Negara, Telok Chempedak, Pantai Balok (lokasi popular luncur air
dunia tau) dan tak terkecuali ‘one of the most popular place to be visit’,
Cherating. Keluarga Abe tinggal di Beserah. Jarak rumah keluarga Abe ke Pantai
Cherating hanya lebih kurang 30km, kira-kira setengah jam perjalanan
menggunakan kereta. Tu pun Abe drive slow je, mana ada pernah speed (hehehehe).
Bila banyak orang bertanya, jika nak bercuti ke Pahang, tempat mana yang Abe
rekemenkan? Otomatik jawapan Abe akan sebut, CHERATING...
sumber gambar: TheGoldenScope.com |
Meh Abe bagi sikit info pasal Cherating. Cherating
terletak kira-kira 45 kilometer ke utara Kuantan, bersarang di sempadan
Terengganu-Pahang dan berhadapan dengan laut China Selatan. Di sini,
pantai luas condong melanjutkan sejauh mata memandang, menjadikannya tempat
yang sempurna untuk percutian yang tenang.
Cherating telah
ditemui pada tahun 1960-an oleh backpackers yang tinggal di rumah tumpangan dan
pondok kayu antara kebun kelapa di tepi laut. Pengunjung boleh memulakan
percutian mereka dengan bersiar-siar di sepanjang pantai berpasir. Dengan
berjalan kaki di pantai membolehkan korang untuk mengumpul kerang yang indah,
dan kadang-kadang korang mungkin akan dapat tengok ketam kecil bergelut untuk
mencari jalan keluar dari laut.
sumber gambar: Utusan Malaysia |
sumber gambar: Jom Cherating.com |
Cherating yang
terletak di negeri Pahang dan bersebelahan dengan Daerah Kemaman, Terengganu.
Korang pastinya pernah mendengar tentang keindahan Pantai Cherating yang
menjadi salah satu tarikan utama di Cherating ni kan? Kat pantai ni, korang
boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berkayak, windsurfing, kite
surfing, dan banyak lagi permainan air yang mengujakan. Bermain sambal
berlatarkan hamparan pantai yang bersih dan cantik pastinya akan menambahkan
lagi keseronokan percutian korang. Selain itu, korang pernah dengar tentang
‘Kelip-Kelip Sungai Kak Yah’? Kalau korang nak tahu, di sungai ini, korang
dapat melihat kelip-kelip pada waktu malam dengan lebih dekat. Bagi korang yang
bercuti bersama anak-anak, korang wajib bawak anak-anak korang sini. Apart from
these, banyak lagi tempat menarik seperti tempat makan dan melihat penyu yang
boleh anda lakukan di sini. Jadi, korang kena datang dan alaminya sendiri. Bagi
yang ingin ke sini, jangan lupa visit traveloka.com untuk membuat tempahan
tempat penginapan.
Cherating
menjadi terkenal di kalangan pengunjung sejak sekitar tahun 1970-an apabila
keluarga yang dipanggil Mak Long Teh berkongsi rumah mereka
dengan pengunjung. Hari ini, terdapat hotel bertaraf dunia dan chalet, di
Cherating ni. Antaranya Club Med, Suria Cherating dan Impiana Resort Cherating.
sumber gambar: Traveloka.com |
Alang-alang Abe dah bukak cerita pasal Impiana Resort ni, meh Abe
share sikit info berkaitan Impiana Resort Cherating ni. Jika korang
ke Cherating ni, Abe nak cadangkan korang untuk menginap di Impiana Resort
Cherating. Resort yang terletak diatas tanah berkeluasan 30 ekar ini
menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung. Antara kelebihan
resort ini ialah terletak berhampiran dengan beberapa tempat menarik seperti
Gua Charah, Taman Rusa, Perkampungan Nelayan dan jugak Pulau Ular. Di Pulau
Ular korang boleh merasa pengalaman snorkeling dan memancing di kawasan pulau.
Jadi korang takyah risau kemana arah tuju korang jika menginap di resort ini
sebab korang boleh pergi tempat menarik yang berhampiran.
sumber gambar: Traveloka.com |
Risau kalau bilik dah
penuh orang book? Korang jangan risau sebab pihak resort menyediakan banyak
bilik yang terbahagi kepada 3 kelas iaitu Deluxe Seaview, Superior Deluxe
Seaview dan Suite. Bilik yang disediakan agak luas dan menampilkan senibina
yang cantik dan moden. Apa yang paling penting, bilik-bilik ini amat kemas dan
bersih.
sumber gambar: Traveloka.com |
Semasa bercuti,
mesti korang pening memikirkan tempat makan yang best kan? Korang jangan risau
resort ni sendiri menyediakan beberapa tempat makan untuk kemudahan korang. Di
sini, korang boleh makan di restoran yang dinamakan Kedai Kopi yang
menggabungkan citarasa tradisional Malaysia dengan fusion makanan antarabangsa.
Kalau korang nak makan masakan Chinese dan Thai pula, korang boleh makan di
Impian Court yang sememangnya popular bukan sahaja dalam kalangan tetamu,
malahan penduduk setempat. Impian Court ini kerap menjadi pilihan untuk acara
seperti sambutan hari jadi, reunion dan banyak lagi.
sumber gambar: Traveloka.com |
Apa yang Abe nak
tekankan di sini ialah dari segi kemudahan. Kemudahan yang disediakan di
Impiana Resort Cherating memang terbaik, 'recommended by me'. Disini, korang
boleh bermain tennis, jogging, bola sepak pantai dan banyak lagi aktiviti lain
pada sebelah petang. At least ada jugak aktiviti yang korang boleh buat di
resort bila korang malas nak keluar pergi jalan-jalan. Selain itu, setiap
tempat penginapan tak sah kalau tak ada kolam renang kan. Impiana Resort juga
ada menyediakan kolam untuk korang bersantai dan berehat setelah penat berjalan
di Sekitar Cherating ni. Kolam yang disediakan juga mempunyai dua jenis iaitu
satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Berhampiran kolam mini juga
terdapat taman permainan untuk korang meluangkan masa bersama yang tersayang.
sumber gambar: Traveloka.com |
Dari segi
keselamatan pula, resort ini memberi jaminan kawalan keselamatan 24 jam. Antara
kemudahan yang disediakan termasuk CCTV dan juga safe deposit box yang terdapat
di dalam setiap bilik. Bila kita pergi bercuti, mesti nak bercuti dalam keadaan
tenang dan selamat kan? Jadi korang tak perlu risau akan keselamatan barang dan
diri korang sepanjang berada didalam resort ini.
sumber gambar: Traveloka.com |
Seterusnya, bagi
ahli perniagaan, yang datang kesini atas urusan kerja, resort ini menyediakan
pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat dan kemudahan cetakan bagi kegunaan
korang. Selain dari itu, banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak
resort ini, jadi, korang perlu datang dan rasainya sendiri!
So, kalau korang
datang ke Cherating, pastikan Impiana Resort Cherating menjadi pilihan utama
korang. Book Impiana Resort in Cherating at best price melalui traveloka.com!
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"